BEIJING: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dilaporkan meninggal dunia selepas disahkan menghidap kanser buah pinggang akibat mengamalkan makanan manis sejak kecil lagi.

Memetik Oriental Daily, kanak-kanak perempuan itu terdahulu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 30 hari sebuah hospital di sini sebelum gagal diselamatkan.

Bapanya berkata, anaknya sering mengadu sakit perut secara berterusan selain penurunan berat badan yang mendadak.

Menurutnya lagi, anaknya pada peringkat awal seorang yang berbadan comel namun mengalami penurunan berat badan mendadak sejak Januari lalu.

Keadaan berkenaan membuatkan bapanya panik dan membawa anak perempuannya ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

Doktor kemudian mengesahkan bahagian hati dan buah pinggang anaknya mengalami masalah serius sebelum disahkan kanser buah pinggang.

Bapanya yang juga seorang cef pastry memberitahu, dia sering membawa pulang kek dan gula-gula kepada anak perempuannya sejak berusia dua tahun lagi kerana mengetahui anaknya sangat meminati kek dan makanan manis.

Malah bapanya juga sering membeli teh buble kepada kanak-kanak berkenaan.

Walaupun anaknya mengalami penurunan berat badan yang banyak namun bapanya tidak mengesyaki tindakannya yang sering menyajikan hidangan manis tersebut adalah perbuatan salah yang boleh menjejas kesihatan sehingga dimaklumkan sendiri oleh doktor yang merawat anaknya.

Doktor kemudian memaklumkan kepada bapanya, pemberian makanan manis yang berterusan mungkin menjadi faktor utama kepada anaknya mendapat kanser buah pinggang.

Pengumuman yang dilakukan doktor tersebut membuatkan bapanya meraung dan menyalahkan diri sendiri kerana anaknya menderita.

“Ini semua salah saya kerana memberikan makanan yang salah, dia masih kecil, saya yang merosakkan dia!” katanya yang menyesal dan menyedari kesilapan dirinya sehingga meragut nyawa anak perempuan kesayangannya.

Walaupun pihak doktor mencuba pelbagai kaedah untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan, namun gagal  selepas sebulan bertarung di ICU.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular