Zheng Aixin memiliki segalanya. Dia merupakan artis terkenal yang berjaya dalam lukisan minyak dan kaligrafi sementara suaminya Li Zhengtian pula adalah ahli falsafah, pereka bentuk dan pemenang anugerah pelukis dan profesor seni.

Pasangan itu menikmati kemasyhuran dan pengiktirafan serta menjalani kehidupan yang selesa di Zhuhai, sebuah kota pesisir di selatan China.

Minghui.org

Namun kehidupan yang indah itu terhenti apabila Zheng ditangkap kerana mengamalkan Falun Gong, sebuah amalan rohani kuno yang berdasarkan pada prinsip Sejati, Baik dan Sabar yang mana telah menjadi sasaran rejim China untuk dihapuskan sejak Julai 1999.

Zheng ditangkap buat pertama kali pada Mac 2001 dan dihantar ke pusat ‘membasuh otak’ di mana dia diseksa. Tidak lama selepas itu, dia dihantar ke kem buruh paksa selama setahun.

Lukisan oleh Zheng Aixin

Zheng kemudiannya dibebaskan pada bulan April berikutnya namun kerana dia enggan meninggalkan Falun Gong, pihak berkuasa menghantarnya ke pusat ‘membasuh otak’ yang lain.

Disebabkan Zheng masih lagi mempertahankan kepercayaannya terhadap amalan Falun Gong, dia dihantar semula ke kem buruh paksa untuk 2 tahun berikutnya.

Menurut Minghui.org, pengikut lain Falun Gong yang dipenjarakan pada masa yang sama dengan Zheng mengingati wanita itu sebagai wanita yang cantik, anggun dan berkarisma tinggi. Namun artis berbakat itu dihina dan diseksa secara kejam di kem.

Lukisan oleh Zheng Aixin

Apabila Zheng masih lagi enggan menghentikan amalan Falun Gong, dia telah diseksa dengan lebih kejam lagi. Dia sentiasa dipantau dan dilarang tidur, dikurung dalam bilik kurungan, tidak dibenarkan mandi dan dipukul dengan kasut tumit tinggi.

Pada tahun 2003, suami Zheng, Li Zhengtian telah ditemuramah oleh media selepas memenangi tempat pertama dalam pertandingan reka bentuk kreatif antarabangsa yang diadakan di Jepun. Dia mengambil peluang untuk merayu bagi kebebasan Zheng.

Li Zhengtian memberitahu wartawan bahawa kesihatannya merosot dan dia memerlukan isterinya di rumah untuk menjaganya. Tidak lama selepas itu, pada April 2004, Zheng dibebaskan lebih awal.

Tiada Keamanan

Walau bagaimanapun, masalah Zheng semakin rumit. Selepas dibebaskan, pasangan itu diletakkan di bawah pemantauan polis sepanjang masa. Mereka tidak dibenarkan muncul di televisyen atau dilihat di dalam surat khabar. Mereka juga tidak dibenarkan meninggalkan negara.

Lukisan oleh Zheng Aixin

Zheng tidak dibenarkan menyertai pameran dan telefonnya dipasang dengan alat pengesan suara.

Tanpa kebebasan untuk menonjolkan dirinya dan tidak mampu menjalani kehidupan yang sebenar, Zheng mengalami tekanan mental yang luar biasa dan menjadi sangat tertekan.

Penangkapan dan penahanan ibunya, Yang Huanying yang merupakan pengamal Falun Gong secara kerap juga menambahkan lagi kesakitan Zheng. Tahap kesihatannya merosot dengan cepat.

Pada tahun 2011, gelombang baharu penangkapan pengamal tempatan yang mana ramai yang dikenalinya menambahkan lagi penderitaanya.

Kesihatannya terus merosot dan Zheng meninggal dunia pada usia 45 tahun.

Pengalaman Pahit Ibu Zheng

Ibu Zheng juga turut mengalami penderitaan akibat kempen penganiayaan.

Lukisan oleh Zheng Aixin

Di antara September 2000 dan September 2003, Yang telah berulang kali ditahan di pusat ‘membasuh otak’, pusat pemulihan dadah dan pusat tahanan dari 2 minggu hingga ke setahun.

Dia dijatuhkan hukuman selama 18 bulan di kem buruh paksa pada Mac 2005. Dia dipaksa menonton video pemfitnahan tentang Falun Gong selama 5 bulan berturut-turut. Dia tidak cukup tidur dan dipaksa berdiri di bawah sinaran matahari selama 3 jam pada satu masa.

Setahun selepas pembebasannya, Yang ditangkap sekali lagi dan dihukum secara haram pada Mei 2007 hingga 18 bulan kerja paksa. Dia ditonton oleh penagih dadah yang mencacinya. Pengawal secara bergilir-gilir memberi tekanan kepadanya supaya melupakan amalan Falun Gong.

Apabila dia enggan melepaskan kepercayaannya, dia dipaksa untuk berdiri selama berjam-jam. Kaki beliau membengkak dan dia kehilangan banyak berat badan. Dia tidak dapat menjaga dirinya sendiri dan terpaksa dipimpin ke tandas.

Selepas Yang dibebaskan pada bulan Oktober 2008 dan kesihatannya pulih, dia meninggalkan rumah untuk mengelak daripada ditangkap lagi.

Lukisan oleh Zheng Aixin

Pada tahun 2015, pada ulang tahun ketiga kematian anak perempuannya, Yang memfailkan saman terhadap Jiang Zemin, bekas ketua Parti Komunis China yang melancarkan kempen penganiayaan pada tahun 1999 yang telah menyebabkan banyak penderitaan terhadap pengamal Falun Gong dan keluarga mereka.

Yang berkata penganiayaan telah menyebabkan kematian anaknya. Dia membuat kesimpulan dalam surat aduannya: “Saya pernah mempunyai keluarga yang bahagia, seorang suami yang penyayang dan empat orang anak yang menjaga saya dengan baik. Saya boleh menghabiskan masa tua saya sambil ditemani lima orang cucu.

“Namun, hanya kerana saya mengamalkan Falun Gong, anak perempuan saya mati dan keluarga saya telah hancur.”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebenaran

Video Popular