KUALA LUMPUR – Selebriti Hollywood, Kylie Jenner dilaporkan menyewa kapal mewah Equanimity yang dahulunya dimiliki jutawan kontroversi, Jho Low untuk mengadakan sambutan hari jadi ke-22, bulan ini.

Memetik portal hiburan antarabangsa, TMZ.com sebagai berkata, kapal yang telah diubah nama dengan Tranquility disewa oleh Kylie pada harga RM5.01 juta seminggu.

Gambar Hiasan | STR/AFP/Getty Images

Sempena hari istimewa tersebut, Kylie itu akan belayar dan melakukan beberapa persinggahan di pelabuhan bersama Tranquility di lautan Mediterranean pada 10 Ogos ini

April lalu, kapal mewah yang mempunyai saiz sepanjang 91 meter itu dijual oleh kerajaan Malaysia kepada Genting Malaysia Berhad pada harga RM514.14 juta.

Kapal mewah berkenaan mampu memuatkan 22 orang dan turut memiliki 10 kabin, bilik teater, jakuzi, sauna serta kolam renang.

Gambar Hiasan | Dimitrios Kambouris/Getty Images

Kylie adalah adik-beradik tiri kepada Kim Kardashian yang merupakan usahawan kosmetik antarabangsa selain membintangi program realiti Keeping Up With The Kardashians.

Menurut Forbes, pengasas Kylie Cosmetics itu dilaporkan mempunyai kekayaan bernilai AS$1 bilion (S$1.39 bilion) sekali gus menjadikan dirinya salah seorang jutawan termuda dalam sejarah.

Sumber: Malay Mail , The Star

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular