Kebebasan merupakan satu nikmat yang lazimnya tidak dipedulikan oleh kebanyakan individu sehinggalah ianya diragut daripada kita. Secara amnya, kebebasan dapat ditakrifkan sebagai keupayaan untuk bertindak tanpa sebarang kekangan dan sudah semestinya ia percuma.

Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyatakan pendapat, melakukan sesuatu, membuat pilihan dan pelbagai lagi. Selain itu, kebebasan juga merujuk kepada satu keadaan yang tidak diasing atau dipenjarakan serta dihambakan.

Justeru, satu kenikmatan hidup akan ditarik jika dipenjarakan dan pasti ianya akan menyebabkan seseorang itu berasa tidak senang duduk. Itulah yang berlaku kepada seorang tokan dadah di Brazil bernama Clauvino da Silva yang cuba meloloskan dirinya daripada penjara.

Difahamkan bahawa pemuda yang berusia 42 tahun itu telah merancang untuk meloloskan dirinya daripada penjara Gerincinó yang dikawal ketat dengan memakai topeng muka silikon, rambut palsu dan pakaian wanita dalam usaha untuk menyamar sebagai anak perempuannya.

Dia yang lebih dikenali sebagai Baixinho dipercayai telah memasuki satu bilik untuk memakai pakaian wanita, topeng dan rambut palsu sebelum menghampiri pintu keluar. Namun usahanya gagal apabila ia dihentikan oleh seorang pegawai di sana.

Menurut pegawai tersebut, cara dan gaya jalan ‘wanita’ tersebut membuatnya curiga dan itu membuatkan mereka bertindak pantas dengan menahannya. Ketika itu, dia difahamkan memakai baju-T bewarna merah jambu beserta dengan bra bewarna hitam, rambut palsu hitam yang panjang, seluar jeans yang ketat, selipar bewarna putih, kot dan cermin mata serta juga topeng muka silikon.

Menurut wakil pentadbiran penjara berkenaan, ketika kesemua pelawat wanita (sejumlah 7 orang) pada ketika itu mahu meninggalkan penjara, Clauvino seakan-akan dilindungi oleh kesemua wanita terbabit agar ia mengaburi mata pegawai. Semuanya nampak meyakinkan kecuali gaya jalannya.

Ketika diarahkan untuk menanggalkan pakaian, pegawai di sana mendapati bahawa mulut dan otot pada mukanya langsung tidak bergerak. Sesudah menanggalkan pakaian dan topeng, pegawai mendapati bahawa dia merupakan banduan di sana ekoran tatu pada tangannya serta otot tubuh dan warna kulit yang ternyata berbeza dengan topeng silikon yang digunakan.

Difahamkan bahawa Clauvino mengambil kesempatan ketika waktu melawat untuk meloloskan diri daripada penjara dengan menyamar sebagai anaknya Ana Gabriele, 19 tahun yang disorokkan di dalam penjara.

Ana bersama ketujuh-tujuh pelawat wanita (termasuk seorang wanita mengandung) telah ditahan untuk sesi soal siasat ekoran disyaki bersubahat dalam membantu Clauvino meloloskan diri.

Menurut rekod, Clauvino yang telah dihukum penjara seumur hidup selama 73 tahun 10 bulan itu merupakan salah satu daripada 31 orang banduan yang berjaya meloloskan diri daripada penjara pada bulan Februari thaun 2013 menerusi laluan sisa kumbahan namun dia kemudiannya berjaya ditangkap.

Tonton video di bawah:

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share

Video Popular