NEW DELHI: Seorang lelaki Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai kerana cubaan menyeludup masuk berlian bernilai 22.5 juta rupee (RM1.34 juta) ke negara itu.

maxpixel/Gambar Hiasan

Dalam kejadian awal pagi semalam, pegawai Unit Perisikan Udara India (AIU) menemui beberapa uncang mengandungi berlian dalam beg bagasi milik lelaki berusia 48 tahun yang tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur.

Dalam pemeriksaan berkenaan AIU menemui dua uncang di dalam pakaian manakala lapan lagi uncang disembunyikan dalam periuk di dalam bagasi yang didaftar masuk.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 10 uncang itu mengandungi 55 kantung kecil berzip yang digunakan untuk menyembunyikan berlian berkenaan.

Pegawai berkenaan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bertindak atas maklumat.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, K Saravanan berkata, polis India kini sedang menyiasat perkara tersebut dengan lebih lanjut.

maxpixel/Gambar Hiasan

Menurut lelaki yang ditahan, dia sepatutnya menghantar berlian itu kepada seseorang di luar lapangan terbang.

Namun, tiada sesiapa yang datang mengambil barangan itu apabila dia keluar dari lapangan terbang sambil diperhatikan oleh pihak polis dari jarak tertentu.

Sumber: Free Malaysia Today , Malay Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular