GUANGDONG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian tengkorak selepas terkena bilah kipas siling di rumah mereka di Zhuhai, pada 29 Jun yang lalu.

Dalam kejadian tersebut, bapa kanak-kanak malang itu dikatakan bergurau dengan melambung anak perempuan dan secara tidak sengaja terkena bilah kipas siling di rumahnya.

Memetik Sin Chew Daily, bapanya, Zheng dalam keadaan panik selepas melihat darah yang banyak keluar di bahagian kepala anak perempuan sebelum bergegas ke hospital berhampiran rumahnya di daerah Doumen.

Namun, apabila tiba di hospital pihak hospital mendapati keadaan anaknya berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa dipindahkan Hospital of Integrated Traditional Chinese and Western Medicine untuk rawatan lanjut.

Kanak-kanak  itu bernasib baik selepas menjalani pembedahan lebih dua jam oleh pasukan anesthesiologi dan pembedahan otak di hospital berkenaan akhirnya berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil.

Dia kini masih meneruskan rawatan selanjutnya di hospital berkenaan.

Doktor kemudian menegaskan bahawa pertumbuhan otak kanak-kanak masih tidak sempurna kerana otot-otot di bahagian leher masih lembut.

Malah, permainan melambung kanak-kanak akan menjejaskan perkembangan tisu otak kanak-kanak dan berisiko kerosakan saraf yang sekali gus membolehkan kanak-kanak menjadi lumpuh.

Sumber: Sinchew.com

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular