Bila sebut berkaitan penyakit diabetis pasti terbayang hanya golongan berusia atau individu yang mempunyai berat badan berlebihan sahaja yang ‘didekati’ penyakit berkenaan.

Hakikatnya, bukan sahaja terhad kepada golongan berkenaan tetapi kanak-kanak juga ada yang menghidapi penyakit ‘keramat’ tersebut.

Memetik Hellodoktor.com, diabetis atau kencing manis bukan sahaja ‘menyerang’ golongan dewasa sahaja, tetapi penyakit ini boleh berlaku dan bermula dari zaman kanak-kanak.

Penyakit berkenaan merupakan masalah kesihatan berkaitan dengan kadar gula dalam darah yang tinggi.

pxhere

Keadaan itu mengganggu dan merosakkan keupayaan badan untuk memproses glukosa darah atau dikenali sebagai gula dalam darah.

Jika ia dibiarkan tanpa penjagaan yang lebih baik, penyakit terbabit  berisiko menyebabkan pembentukan gula dalam darah, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi penyakit kronik seperti strok dan penyakit jantung.

Keadaan berkenaan jika dibiarkan akan merosakkan salur darah serta urat saraf yang mengawal jantung dan salur darah.

Jom kita kenali jenis-jenis penyakit yang berkaitan gula dalam darah yang  dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Diabetes Jenis 1 dan Diabetes Jenis 2.

Bagi  jenis 1,  penyakit ini biasanya didiagnosis pada zaman kanak-kanak lagi dan dikaitkan dengan kadar keton yang tinggi dan masalah ini boleh dirawat dengan suntikan atau pam insulin.

Biasa jenis ini didiagnosis dalam zaman kanak-kanak dan tidak semestinya dikaitkan dengan berat badan berlebihan.

Malah boleh dirawat menggunakan suntikan insulin.

Manakala, diabetes jenis 2 pula biasanya didiagnosis pada umur 30 tahun ke atas dan biasanya dihidapi oleh mereka yang mempunyai berat badan berlebihan selain dikaitkan dengan tekanan darah  atau tahap kolesterol yang tinggi.

Ia juga dikategorikan sebagai ketidakupayaan badan untuk bertindak kepada insulin, yang juga dikenali kerintangan insulin dan insulin malsecretion.

Bagi mengenal lebih lanjut penyakit ini terdapat lapan simptom utama kencing manis;

1.Paras gula dalam darah tinggi

Gambar Hiasan | PhotoMIX Ltd. – Pexels

Ini merupakan antara simptom kencing manis yang paling mudah untuk dikenal pasti.

Cara terbaik untuk mengetahui tahap gula dalam darah adalah dengan menjalani pemeriksaan. Paras gula dalam darah yang meningkat selepas makan adalah sesuatu yang normal.

Tetapi sekiranya tahap gula dalam darah yang tinggi ini tidak menurun dan berterusan sepanjangan hari, ia adalah sesuatu yang tidak normal.

2. Kehilangan berat badan

Gambar Hiasan | yunmai – Unsplash

Simptom ini mungkin berlaku keadaan ini disebabkan tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan penghidap berdepan kehilangan berat badan dalam jangka masa yang singkat, antara 2 hingga 3 kilogram dalam masa 2 atau 3 bulan.

3. Sering merasa lapar

Gambar Hiasan | Tom Sodoge – Unsplash

Antara tanda seseorang dijangkiti diabetis dan keadaan ini disebabkan individu yang menghidapi penyakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu ia boleh menyebabkan tahap gula dalam darah merosot.

4. Kerap berasa dahaga

Gambar Hiasan | Fermin Rodriguez PenelasUnsplash

Selain itu penghidap juga simptom kencing manis akan kerap berasa dahaga walaupun setelah mengambil minuman yang mencukupi dan kerap untuk ke bilik air pada waktu malam.

5. Keletihan dan gangguan emosi

Gambar Hiasan | Andrik Langfield – Unsplash

Biasa individu sentiasa berada dalam keadaan keletihan dan sering bangun untuk membuang air kecil beberapa kali pada waktu malam, secara tidak langsung akan menyebabkan gangguan pada tidur anda dan keletihan pastinya akan mendatangkan gangguan kepada emosi, boleh menjadikan anda lebih cepat marah.

6. Luka lambat sembuh

Gambar Hiasan | rawpixel.com – Pexels

Ini adalah simptom kencing manis yang paling sering berlaku kepada si dia yang menghidap kencing manis. Keadaan ini boleh terjadi disebabkan saluran darah yang rosak kerana glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ia mendatangkan kesukaran kepada darah yang diperlukan untuk membantu proses penyembuhan sampai kepada anggota-anggota badan yang diperlukan.

7. Penglihatan kabur

Gambar Hiasan | Andrew Knechel – Unsplash

Apabila tahap glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata sekali gus menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan berisiko untuk menyebabkan buta.

8. Jangkitan

Simptom kencing manis ini lebih berlaku kepada individu wanita. Anda perlu lebih berhati-hati kepada risiko jangkitan yis pada faraj.

Sehubungan itu adalah penting bagi seseorang untuk menjaga pemakanan yang betul dengan memperbanyakkan makanan berserat dan kurangkan pengambilan makan yang mempunyai kolestrol.

Namun begitu, penyakit kencing manis bukanlah penamat kepada kehidupan sebaliknya perlu sentiasa positif walaupun pada ketika semua perkara seakan-akan satu kesilapan. Fikirkan mengenai individu penting dalam hidup

Selain itu, tidak perlu mengharapkan sesiapa untuk berbuat baik kepada anda sebalik boleh melakukan yang terbaik untuk diri anda sendiri tanpa membebankan diri. 

Seandainya  boleh membuatkan perkara menjadi lebih baik, lakukannya. Jika tidak, adakah terdapat cara lain untuk mengatasinya dan membuatkannya lebih baik.

Anda boleh berbual dengan seseorang dan boleh bertanya kepada doktor untuk mendapatkan cadangan atau berkongsi dengan keluarga atau rakan.

Terdapat juga individu profesional yang boleh mendengar dan menyokong untuk mendapatkan penyelesaian.

Dalam masa sama, lakukan senaman, sekiranya  boleh berjalan kaki, atau melakukan sebarang aktiviti yang boleh memberikan ketenangan seperti yoga, mungkin  boleh berasa lebih baik.

Selain itu melakukan aktiviti fizikal dan bersenam pastinya antara gaya hidup yang baik untuk diamalkan.

Sumber: helloDOKTOR

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular