Baru-baru ini satu video yang dimuat naik di YouTube memaparkan detik cemas seorang budak lelaki 3 tahun sedang berpaut pada rasuk balkoni tingkat 6 pangsapuri di Wilayah Jiulongpo.

Mujur kejadian itu disedari oleh seorang kakitangan syarikat pengurusan hartanah tempatan, Zhu Yanhui dan dia memanggil penghuni lain untuk bersiap sedia di bawah dengan menggunakan selimut besar untuk menyambut budak lelaki tersebut.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 29 Julai lalu, pada pukul 4 petang. Budak lelaki tersebut yang  sedang berpaut pada rasuk balkoni rumahnya cuba sedaya upaya untuk naik semula ke balkoni tetapi kakinya terus tergelincir.

Selepas tidak mampu untuk naik semula ke balkoni, budak lelaki itu kelihatan sudah tidak berupaya untuk kekal berpaut pada rasuk balkoni dan dia terus terjatuh ke bawah.

Tindakan pantas jiran-jiran dengan memegang selimut besar di bawah berjaya menyelamatkan budak lelaki itu. Syukur, budak lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Media tempatan melaporkan bahawa budak lelaki tersebut ditinggalkan bersendirian, neneknya dikatakan keluar membeli barang dapur ketika kejadian itu berlaku.

Kejadian ini memberi pengajaran kepada penjaga kanak-kanak supaya tidak membiarkan kanak-kanak bersendirian di rumah kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku, malang tidak berbau.

Tonton video detik cemas tersebut di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular