Masyarakat zaman ini tidak kira yang tinggal di bandar mahupun luar bandar semakin peka dengan isu kesihatan diri.

Di mana-mana acara kesukanan mahupun hari istimewa, pasti akan diselitkan dengan aktiviti seperti zumba, senamrobik, sukaneka dan macam-macam lagi. Tujuan aktiviti ini diwujudkan adalah bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.

pexels

Di media sosial juga memberikan pengaruh hebat dalam aspek ini. Ramai individu yang memiliki tubuh badan ideal dan cantik akan berkongsi tips yang mereka amalkan untuk mendapatkan kesan seperti itu.

Malah, ada juga diwujudkan cabaran-cabaran yang menjadi ikutan ramai untuk ditayangkan di media sosial.

Namun, sekiranya dilakukan tanpa langkah yang betul, ianya boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri seperti yang berlaku kepada dua wanita dari China ini.

Menurut laporan China Press, seorang gadis berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Tang telah didiagnos dengan Rhabdomyolysis setelah melakukan senaman squat sebanyak 1,000 kali!

Tang yang berasal dari Chongqing memaklumkan bahawa dia telah mencabar seorang rakannya untuk melakukan squat menerusi panggilan video. Kedua-duanya mula mencabar diri masing-masing untuk melakukan sebanyak 1,000 kali squat sekali gus yang diselesaikan dalam masa beberapa jam.

Selepas tamatnya ‘pertandingan’ ini, Tang hanya mengalami kesakitan otot yang tidak terlalu serius. Namun pada keesokan harinya, apabila Tang berada di tempat kerja, dia menyedari bahawa dia masih lagi mengalami kesakitan pada bahagian kaki.

Akan tetapi pada hari ketiga, Tang mendapati bahawa kakinya tidak boleh dibengkokkan lagi. Bukan sahaja itu, air kencingnya juga dikatakan berwarna seakan-akan warna teh!

10faq/Gambar Hiasan

Risau dengan keadaan Tang, teman lelakinya segera membawa Tang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Khoo Teck Puat. Di situlah, doktor memaklumkan bahawa Tang telah mengalami satu keadaan yang disebut sebagai Rhabdomyolysis. Rhabdomyolysis merujuk kepada satu keadaan yang mengakibatkan tisu otot rangka mati secara drastik.

Berikut merupakan antara aktiviti-aktiviti yang boleh mengakibatkan Rhabdomyolysis:

  1. Traumatik (sindrom crush)
  2. Tidak bergerak dalam jangka masa panjang
  3. Dadah atau toksin
  4. Jangkitan
  5. Ketidakupayaan
  6. Hipotermia (peningkata suhu badan secara drastik)
  7. Ketidakseimbangan elektrolit

Terdapat beberapa kesan yang akan dialami oleh penderita Rhabdomyolysis seperti kencing berwarna gelap, demam, otot menjadi lemah, degupan jantung laju, sakit perut, mual dan muntah serta kencing tidak lawas. Malah, pembedahan juga boleh dilakukan ke atas pesakit bagi merawat kes Rhabdomyolysis yang parah!

ChinaPress

China Press juga melaporkan bahawa keadaan yang sama turut berlaku kepada rakan Tang. Keadaan ini hanya diketahui apabila Tang menghubungi rakannya itu untuk bertanya khabar tetapi mendapati bahawa rakannya turut terlantar di hospital akibat melakukan 1,000 squat ini.

Kesimpulannya, jadikan kejadian ini sebagai iktibar. Pastikan anda sentiasa meminum banyak air pada sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal. Pastikan badan anda sentiasa terhidrat sepanjang masa!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular