Telefon bimbit merupakan antara gajet yang paling penting pada masa ini. Boleh dikatakan hampir kesemua individu tidak mampu hidup tanpa telefon bimbit mereka, bukan? Mana tidaknya, media sosial dilihat sangat berguna, bukan sahaja memudahkan komunikasi malah turut menjadi platform hebahan perkara-perkara yang terjadi di sekeliling kita.

Tanpanya, mungkin berita tidak dapat disampaikan dengan cepat. Jadi, hal ini membuatkan ramai pengguna yang sangat selesa dan bergantung kepada telefon bimbit dan platform media sosial. Namun, berpada-padalah. Hal ini kerana, seperti yang kita tahu, selain daripada tandas, telefon bimbit juga menjadi rumah kepada banyak jenis bakteria!

Seperti satu kisah yang dikongsikan di Facebook oleh Misi Viral, di mana seorang pemuda, Azuan Iqbal mengalami jangkitan pada ibu jari tangannya. Ia bertitik tolak daripada retak pada lapisan pelindung (tempered glass) pada skrin telefon bimbitnya. Tidak kisah akan keretakan itu, dia terus menggunakan telefon bimbitnya untuk bermain permainan dalam talian.

Misi Viral|Facebook

Mungkin daripada situ, serpihan kaca menusuk ke dalam jari sekali gus mengakibatkan sakit dan bengkak pada ibu jarinya itu. Walaupun sudah beberapa kali ke klinik, Azuan terpaksa menahan kesakitan selama seminggu, manakala ibu jarinya semakin membengkak dan bernanah.

Penyudahnya, dia kemudian dirujuk pada hospital dan terpaksa menjalani pembedahan minor. Difahamkan bahawa doktor perlu membuang isi pada ibu jarinya yang telah terkena jangkitan tersebut. Walaupun puncanya kedengaran agak tidak masuk akal, namun kesannya amat memeritkan.

Misi Viral|Facebook

Jadi pada anda di luar sana, segera tukar lapisan pelindung pada skrin telefon bimbit jika ia mengalami keretakan. Elakkan daripada menggunakannya sehinggalah ia telah pun ditukar untuk menghindari perkara sebegini berlaku kepada anda pula.

Sumber: Misi Viral|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular