Ini bukan kali pertama kes power bank atau alat pengecas mudah alih terbakar atau meletup berlaku. Baru-baru ini, kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian luar Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, Thailand merakamkan detik cemas alat pengecas mudah alih yang berada di dalam beg seorang pelancong tiba-tiba terbakar.
Video tersebut dimuat naik ke Facebook oleh Chiang Mai International Airport-CNX untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya alat pengecas mudah alih jika terbakar atau meletup. Nasib baik alat pengecas mudah alih tersebut tidak terbakar ketika pelancong itu berada di dalam kapal terbang.
Rakaman CCTV tersebut menunjukkan seorang pelancong yang sedang berjalan di bahagian luar Lapangan Terbang berkenaan dan tiba-tiba terdapat api yang agak marak membakar bahagian bawah beg sandangnya. Sedar dan terkejut beg sandangnya terbakar, pelancong tersebut bertindak mencampakkan begnya itu ke lantai.
Chiang Mai International Airport-CNX
Pelancong tersebut menarik begnya yang berada di atas lantai dan beberapa barang kelihatan masih terbakar dan terkeluar dari bahagian bawah begnya.
Chiang Mai International Airport-CNX
Pengawal keselamatan meletakkan kon supaya orang ramai tidak mendekati kawasan kejadian. Apabila pengawal keselamatan itu dilihat mahu mengambil gambar, tiba-tiba peranti tersebut memercikkan api sehingga peranti itu berpusing-pusing. Pengawal keselamatan yang terkejut bertindak melarikan diri untuk menyelamatkan diri.
Chiang Mai International Airport-CNX
Bahagian belakang baju pelancong tersebut berlubang akibat terbakar. Video juga menunjukkan bahagian bawah beg yang berlubang dan alat pengecas mudah alih yang terbakar.
Chiang Mai International Airport-CNX
Chiang Mai International Airport-CNX
Chiang Mai International Airport-CNX
Menurut Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, penumpang dan kru penerbangan dilarang membawa alat pengecas mudah alih, bateri rokok elektronik, dan juga termasuk rokok elektronik di dalam bagasi daftar masuk. Larangan tersebut berdasarkan kepada peraturan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO.
Tonton video tersebut di bawah:
Sumber: Chiang Mai International Airport-CNX
Maybe you're interested :
- Warganegara Malaysia antara mangsa tragedi letusan gunung berapi White Island, New Zealand
- Tayangan filem animasi Abominable di Malaysia dibatalkan ekoran babak kontroversi sempadan China di Laut China Selatan
- Gempa bumi berskala 5.3 magnitud landa New Zealand sehari selepas kejadian letusan gunung berapi