Makanan pedas sering dianggap memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan seperti ia memberi tenaga serta menyumbang kepada penurunan berat badan. Dan nampaknya anda patut mengurangkan pengambilannya menjelang usia tua berikutan ia mampu menjejaskan daya ingatan seseorang.

Kajian terbaru mendapati seorang dewasa yang sudah berusia patut mengurangkan pengambilan makanan pedas berikutan keadaan kognisi mereka yang akan terjejas dan menyumbang kepada peningkatan risiko mengalami demensia.

Gambar Hiasan | Pexels

Dalam kajian yang dijalankan selama 15 tahun dengan melibatkan 4,500 warga China dewasa yang berusia 55 tahun dan ke atas, para penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa seorang yang mengambil hidangan mengandungi 50 gram cili setiap hari akan mengalami pengurangan kognitif dengan lebih cepat. 

Pengurangan memori dan kognitif didapati lebih ketara kepada mereka yang mempunyai berat badan lebih ringan atau kurus.

Keputusan ujian ini terkandung dalam terbitan jurnal Nutrients yang meminta peserta mengira secara terbalik, mengingati kembali 10 perkataan yang disenaraikan dan membuat pengiraan mudah.

Gambar Hiasan | Pexels

Dr Ming Li dari Universiti South Australia telah berkerjasama dengan para penyelidik dari Universiti Qatar dalam membuat penyelidikan tersebut. Beliau berkata pengambilan cili dan makanan pedas adalah perkara biasa dan popular di kalangan masyarakat Asia.

Sebagai contoh golongan dewasa di wilayah Hunan dan Sichuan di China biasa memakan hidangan pedas setiap hari.

Antara jenis cili dalam hidangan yang telah dikaji oleh para penyeldik ialah cili merah segar dan cili kering, yang mana keduanya mengandungi ‘capsaicin’, yang telah terbukti menjadi agen peningkat tahap metabolisme dan kesihatan vaskular.

Gambar Hiasan | Max Pixel

Menurut data yang dkeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seramai 50 juta penduduk di seluruh dunia menderita penyakit demensia atau kehilangan memori dan daya ingatan.

Berdasar kajian yang dijalankan, golongan dewasa adalah dinasihatkan serta digalakkan supaya mengurangkan pengambilan makanan pedas secara kerap ketika usia mereka semakin meningkat.

Sumber : Jakarta Post

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular