Nama kacang edamame pasti tidak asing di kalangan penggemarnya di Asia seperti di China, Jepun dan Korea. Perkataan ‘Edamame’ dalam bahasa Jepun bermaksud ‘kacang ranting’. Edamame tergolong dalam kumpulan kacang ‘Fabaceae’.

Di restoran Asia, edamame sejuk dijadikan hidangan sampingan atau snek sebelum makan. Edamame, makanan yang biasa dimakan di negara-negara Asia kini turut menjadi popular di Eropah dan Amerika Syarikat berikutan khasiat dan reputasinya yang dikenali sebagai ‘daging sayuran’ yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Edamame adalah kacang soya hijau dituai lebih awal pada tahap 80% sebelum mencapai tahap masak dan mengeras. Ia adalah kacang soya yang belum menjadi tua. Berbanding kacang soya padat, isi edamame lebih besar dan lembut serta mudah dimasak.

Gambar Hiasan | Valeria Boltneva Pexels

Edamame kaya dengan vitamin A, B, C, E dan K serta pelbagai mineral seperti mangan, zink, fosforus, kalium, magnesium, besi dan kalsium. Kacang soya hijau yang kaya dengan air dan sesuai digunakan sebagai hidangan sayuran yang enak.

Penggemar edamame memanggil sayuran ini sebagai ‘daging tumbuhan’ kerana ia mengandungi protein berkualiti lebih tinggi daripada bijirin biasa. Edamame  mengandungi protein kira-kira 14%. Kacang ini juga membekalkan asid amino yang penting untuk tubuh badan manusia, hampir sama dengan daging. Maka ia amat sesuai digunakan sebagai sumber nutrien asas bagi golongan pemakan sayuran.

Edamame mempunyai manfaat untuk menurunkan kolesterol dan mencegah kanser.

Gambar Hiasan |  rawpixel.com Pexels

#1. Edamame mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi daripada sayur-sayuran lain, dan kebanyakannya berasas kepada asid lemak tidak tepu, yang dapat meningkatkan metabolisme lemak dan membantu mengurangkan trigliserida serta kolesterol dalam tubuh manusia. Satu kajian komprehensif yang diterbitkan oleh New England Journal of Medicine menyatakan bahawa dengan memakan protein soya, ia boleh menurunkan kadar kolesterol dengan ketara.

#2. Edamame mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah dan tidak mudah menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat. Pengambilan rutin kacang ini secara tidak langsung mampu menghindar hipertensi dan penyakit jantung.

#3. Manfaat edamame yang penting ialah sebagai makanan pencegah kanser. Menerusi kajian secara luas bahawa isoflavon soya dalam edamame mempunyai agen anti-kanser. Edamame mempunyai kesan menyekat penularan kanser payudara, kanser endometrium (kanser lapisan rahim) dan kanser prostat. 

Gambar Hiasan | Max Pixel

Pakar pemakanan, Lai Xiuyi dari Jabatan Pemakanan Hospital Besar Cathay, berkata bahawa secara kelaziman kanser payudara di kalangan wanita Asia jauh lebih rendah berbanding wanita Eropah dan Amerika Syarikat. Ini mungkin disebabkan oleh faktor utama bahawa orang Asia mengambil lebih banyak isoflavon soya dalam diet mereka.

#4. Di samping itu, kajian yang diterbitkan dalam Journal of Menopause telah menunjukkan bahawa isoflavon soya boleh mengurangkan gejala menopaus di kalangan wanita. Kandungan vitamin A dan E dalam kacang edamame mampu meningkatkan keremajaan kulit dan rambut serta memperbaiki sel organ yang penting di dalam tubuh badan.

#5. Dengan sedikit sahaja pengambilan edamame, ia dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan. Tidak hairanlah pakar diet tanpa toksik terkenal, Tan Dunci mengamalkan pengambilan edamame sebagai makanan harian yang penting.

Cara makan edamame untuk menyerap lebih banyak kadar nutrisinya.

Apabila anda membeli edamame, pilih pod atau lenggai yang luas, berwarna hijau dan tidak kuning, dengan rabung kacang yang jelas.

Jabatan Nutrisi dari Hospital Kolej Perubatan Cixi Tokyo menyatakan dalam kajian mereka bahawa kesegaran edamame sangat penting, selagi mana kemanisan edamame dapat dikekalkan selepas dikupas lebih satu hari. Secara am, terdapat banyak edamame beku yang dijual di pasar raya. Kaedah sejuk beku dengan segera mampu mengekalkan nutrisi edamame pada saat ia dikumpulkan.

Kaedah memasak edamame dengan cara didihan dan celur pada suhu antara 82°celsius hingga 88°celsius adalah lebih digalakkan berbanding kaedah rebusan dengan air menggelegak. Ini kerana vitamin larut air seperti vitamin C dan vitamin B dalam edamame, dan komponen mineral seperti kalium, akan hilang dalam proses rebusan, dan nutrien ini dapat dipelihara dalam kaedah didihan sederhana.

Nutrien ‘Molybdenum’ yang penting kerana memberi kesan metabolik kepada tubuh manusia, juga dapat dipelihara sebanyak 300 kali lebih banyak berbanding teknik rebusan. Dan kaedah didihan dan celur juga mampu meningkatkan kemanisan edamame serta mengekalkan kelazatannya.

1. Apabila memasak edamame dengan cara didih celur adalah menggunakan garam terlebih dahulu, kemudian perlahan-lahan memanaskannya dalam kuali, toskannya dan goreng fokus mikro, bertukar kepada api kecil dan reneh selama 5 minit, akhirnya, tambah minyak zaitun. Jika menggoreng dalam minyak zaitun atau krim, anda juga boleh mengekalkan vitamin K larut lemak yang baik untuk mempercepatkan pembekuan darah jika mengalami luka.

2. Jika memasak dengan cara merebus, sebaiknya buang buih putih apabila air mengelegak, yang akan mengurangkan kandungan gula di dalam kacang. 

3. Sekiranya anda membeli kacang edameme sejuk beku, anda boleh menggunakan kaedah kukus selama 20 minit sebelum menabur sedikit garam. Edamame segar juga sebaiknya dikukus untuk mendapat khasiat nutriennya.

Selain dijadikan sebagai bahan tambahan kepada salad sejuk yang dimasak, kacang edamame juga boleh digoreng atau diasinkan untuk dijadikan makanan ringan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular