TOKYO: Tinggal beberapa bulan lagi acara sukan berprestij dunia, Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung dan persiapan kini sedang semakin rancak dijalankan.

Uniknya penganjuran sukan berprestij yang berlangsung di negara terbit kali ini menampilkan kelainan apabila memperkenalkan pingat yang bakal dibawa pulang oleh para atlet menggunakan bahan kitar semula.

BEHROUZ MEHRI/AFP/Getty Images

Pingat berkenaan dipercayai dihasilkan daripada bahan kitar semula termasuk telefon bimbit dan barangan elektronik.

Menurut laporan usatoday.com, sebanyak 80,000 tan bahan kitar semula digunakan untuk menghasilkan keseluruhan 5,000 pingat yang akan dipertandingkan.

Sebanyak enam juta telefon bimbit berkenaan hasil sumbangan dari rakyat Jepun sendiri selama dua tahun.

Sebanyak 158 juta barangan elektronik yang dikitar semula digunakan untuk projek ini.

Daripada keseluruhan 80,000 tan bahan kitar semula itu berjaya menghasilkan kira-kira 32 kilogram pingat emas, 3492 kilogram pingat perak dan 2199 kilogram pingat gangsa.

Sumber: usatoday.com

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular