Semasa kecil, setiap orang memasang impian dan angan-angan untuk menjadi individu berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah.

Namun apabila meningkat dewasa, dengan dugaan hidup dan tanggungjawab yang semakin berat, kita akan mula menyedari bahawa ianya adalah sekadar angan-angan sahaja.

Tambahan pula, jika kita dilanda dugaan berat yang menghalang kita untuk hidup normal seperti orang lain, pasti kita akan menjadi lebih mudah menyerah kalah.

Justeru, bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak adalah perlu untuk memastikan kita sentiasa berada di landasan yang betul di samping mengingatkan kita agar tidak berputus asa.

Misalnya kisah yang ingin diceritakan di dalam artikel ini yang membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun iaitu Muhd Nazrul Hadi Bin Khamis.

@zahwanstwittor

Di usia yang masih muda, Nazrul telah disahkan menghidap penyakit kanser. Namun begitu, anak kecil ini adalah seorang pejuang dan memasang impian untuk menjadi seorang anggota polis apabila sudah dewasa kelak.

Penularan berita ini kemudiannya menarik perhatian pihak Pasukan Polis Diraja Brunei untuk mengambil bahagian dalam mengiktiraf pelantikan Nazrul sebagai pegawai polis di negara itu! Inisiatif yang sungguh membanggakan!

@zahwanstwittor

Detik perlantikan Nazrul yang berlangsung pada awal tahun lalu itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @Zahwanstwittor yang kemudiannya berjaya meraih lebih 10,000 retweet dan 7,441 tanda suka!

Dalam video perlantikan berkenaan yang penuh dengan protokol, Nazrul kelihatan segak memakai pakaian seragam polis dan berkawat di atas pentas serta memberikan tabik hormat ketika ingin menerima sijil pelantikan.

@zahwanstwittor

Hadirin yang datang ke majlis ini rata-ratanya adalah pegawai polis dan rakan-rakan Nazrul turut kelihatan menitiskan air mata ketika majlis tersebut berlangsung.

Ibu kandung Nazrul turut sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Brunei atas pemberian peluang yang bukan calang-calang ini kepada anaknya itu.

@zahwanstwitt0r

“Mungkin dengan adanya acara penyampaian sijil ini, masa depannya akan cerah. Mudah-mudahan apabila sudah besar nanti dia akan menjadi seorang anggota polis walaupun keadaannya macam ini. Semoga impiannya akan tercapai”.

Di akhir video, Nazrul yang kelihatan segak memakai pakaian seragam polis itu sempat berkata:

“Terima kasih Sultan”, sambil memberikan tabik hormat.

Semoga Nazrul akan terus kuat semangat dalam menempuhi dugaan hidup dan dapat mencapai cita-citanya.

Sumber: @zahwanstwittor

Maybe you're interested :

Share

Video Popular