GUANGDONG: Seorang pelajar sekolah di China mendakwa tersepak sarang telur dinosaur ketika bermain di padang berhampiran Sungai Dong di wilayah ini, baru-baru ini.

Memetik The Sun, kanak-kanak yang dikenali Zhang Yangzhe berkata, dia sedang bermain sebelum melihat longgokan batu yang dilihat ‘istimewa’ dan lain daripada yang biasa dilihat.

Yangzhe berkata, batu yang dilihat sangat luar biasa dan mempunyai ‘bulatan’ di permukaan.

“Ketika melihat batu yang luar biasa itu saya terus memanggil ibu untuk menunjukkan dan batu berkenaan menyerupai seperti telur dinasour,” ujarnya.

Sementara itu pakar mendakwa telur berkenaan berusia 66 juta tahun.

Malah selepas meneliti telur sepanjang 3.5 inci itu mempunyai 10 biji lagi di kawasan berkenaan.

Ibunya kemudian membuat panggilan kepada pihak berkuasa dan mengawasi kawasan tersebut sebelum pihak polis datang ke tapak berkenaan.

Pakar dari Muzium Dinasour Hayuan mengesahkan penemuan 11 biji telur itu ada telur dinasour.

Kesemua telur berkenaan dibawa ke muzium untuk pemeriksaan lanjut bagi menentukan saiz dan jenis.

Heyuan sebuah bandar yang didiami 3 juta penduduk dan digelar sebagai rumah dinasour.

Pada 2015, sekumpulan pekerja menemukan 43 biji yang dipercayai telur dinasour ketika melakukan kerja-kerja membaik pulih jalan di bandar berkenaan.

Sumber: The Sun, Ladbible

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular