HANOI: Satu rampasan bangkai harimau beku yang ditemui dalam sebuah kereta di Hanoi telah membawa kepada penangkapan seorang suspek utama penyeludupan hidupan liar ketika pihak berkuasa negara itu berusaha memintas laluan penyeludupan yang terkenal dari Laos.

NAM GIANG/AFP/Getty Images

Memetik Sinar Harian, suspek, Nguyen Huu Hue ditahan bersama dua individu lain yang dipercayai menyeludup haiwan dari negara jiran, Laos sejak beberapa tahun lalu.

Kesemua mereka ditahan selepas tujuh harimau mati ditemui di dalam kenderaan milik mereka, yang diletakkan di kawasan meletak kenderaan.

pexel/Gambar Hiasan

“Hue sudah menubuhkan syarikat, yang menjual pelbagai bahan binaan bagi mengaburi perdagangan haram, iaitu menjual harimau dan hidupan liar lain,” petik akhbar Cong An Nhan Dan, yang juga akhbar rasmi Kementerian Keselamatan Awam.

Hasil siasatan mendapati kesemua haiwan yang ditemui itu adalah anak harimau, berdasarkan gambar penemuan terbabit.

pexel/Gambar Hiasan

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada ia adalah hidupan liar atau diperoleh dari ladang penternakan harimau haram di Laos, yang membekalkan sebahagian besar permintaan daging dan bahagian haiwan itu di Asia.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengadakan serbuan terhadap anggota rangkaian penyeludupan hidupan liar, yang telah beroperasi selama beberapa tahun dari wilayah tengah yang berkongsi sempadan dengan Laos.

Sumber: Berita Harian , NewStraitsTimes/AFP

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular