Saban hari, kita terdedah dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku kepada kita. Ia berlaku tanpa kita mampu mengawalnya.

Namun sebenarnya, tindakan pencegahan boleh diambil sebelum berlaku sesuatu pada diri kita. Ya, ini menjurus kepada aspek keselamatan tidak kiralah di mana kita berada.

Namun, baru-baru ini, seorang wanita berkongsi satu kisah mendebarkan apabila dia yang pada ketika itu sedang memandu dihampiri oleh lelaki tidak dikenali.

Kisah itu diceritakan oleh Sharifah Awliya Qaisara di laman Facebook, di mana dia pada mulanya memberhentikan kenderaannnya di lampu isyarat pada jalan Teluk Sisek-Tanjung Lumpur.

 

Daripada jauh, dia ternampak seorang lelaki dalam keadaan mabuk dan lalok di pembahagi jalan. Apabila lelaki itu menghampiri kenderaannya, dia bertindak cuba membuka pintu trak pikap Sharifah. Panik dan berasa takut, ibu yang sedang membawa dua orang anaknya berharap agar mereka bertiga tidak di apa-apakan.

Mujurlah pintu kenderaannya sentiasa dikunci. Maka, lelaki itu tidak dapat masuk ke dalam. Namun, lelaki itu cukup berani untuk naik ke bahagian belakang trak pikapnya.

Cermin kenderaannnya diketuk-ketuk membuatkan Sharifah buntu. Nasibnya baik apabila lampu isyarat akhirnya bertukar hijau. Tetapi lelaki itu masih berada di atas bahagian belakang kenderaannya.

Sharifah Awliya Qaisara|Facebook

Tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk turun daripada kenderaan, Sharifah memutuskan untuk meneruskan perjalanan. Niatnya ingin membawa dan menghantar lelaki tersebut ke balai polis sahaja. Dalam pada membawa lelaki itu bersama, Sharifah hanya mampu bertawakal agar tiada perkara tidak diingini berlaku.

Sharifah Awliya Qaisara|Facebook

Setibanya sahaja di sebuah pasaraya, lelaki tersebut mengetuk cermin belakang menyuruh Sharifah untuk menghentikan kenderaannya. Sejurus lelaki itu turun, Sharifah dengan pantas memandu kenderaannya jauh daripada kawasan itu.

Sharifah walau bagaimanapun sempat mengambil gambar lelaki itu ketika dia berada di belakang kenderaannya.

Sharifah Awliya Qaisara|Facebook

Justeru, tujuan kisah Sharifah ini dikongsi adalah untuk memberi peringatan kepada semua – terutamanya buat golongan wanita ataupun ibu bersama anak kecil untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Apa yang paling penting adalah sentiasa pastikan pintu kenderaan sentiasa dikunci setiap masa, selain peka dengan keadaan sekeliling.

Sumber: Sharifah Awliya Qaisara|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular