Ketika seorang wanita sedang menikmati hidangan dipercayai ‘hot pot’ di sebuah restoran, tiba-tiba sahaja dia dikejutkan dengan ‘kebangkitan’ daging mentah, yang seperti masih hidup dan bergerak sendiri lalu terjatuh dari atas meja makan.

Rakaman video di Facebook menunjukkan wanita ini sedang menikmati hidangan bersama rakannya dan kelihatan beberapa ketulan daging mentah dalam pinggan diletakkan di atas meja itu sedang dirakamkan apabila seketul daripadanya tiba-tiba bergerak dari pinggan itu menyebabkan wanita ini menjerit ketakutan dengan kuat.

Facebook

Ketulan daging itu kelihatan bergerak-gerak seolah mahu ‘bangkit’ dan melarikan diri daripada menjadi habuan pelanggan di restoran itu.

Facebook

Video insiden dengan tajuk ‘Bangkit’ ini dipercayai telah dirakamkan beberapa bulan yang lalu dan menjadi tular dengan 5.67 juta tontonan bersama 80,000 perkongsian dan 18,000 netizen yang memberi komen.

Facebook

Terdapat netizen yang memberi komen kemungkinan daging tersebut merupakan daging katak atau daging lain selain daging ayam, kerana daging mentah yang segar seperti itu biasanya akan memberi tindak balas apabila ia disiram soda, ditabur garam atau perasa.

Facebook

Fenomena daging mentah bergerak-gerak boleh terjadi sekiranya urat sarat haiwan ini tidak terputus sepenuhnya walaupun telah disembelih dan telah dibersihkan serta dipotong kecil.

Facebook

Perkara yang biasa terjadi dan reaksi terkejut serta jeritan wanita ini akan membuat sesetengah orang berasa ia amat melucukan dan tidak mengerikan.

Lihat rakaman video di bawah dan fikirkan sendiri reaksi anda :

Facebook

Sumber : Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular