Kita semua memiliki keperibadian masing-masing. Ada yang baik hati, ada yang suka memberontak, ada yang keras kepala dan ada juga yang suka beramah mesra dengan orang lain. Itu apa yang kita semua nampak dari sisi luaran sahaja tetapi dari segi dalaman, hanya pemilik tubuh itu sahaja yang mengetahuinya. Bergantung kepada situasi, setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing.

Ibarat dalam cerita kartun, ada bidadari di bahu kanan dan ada syaitan bertenggek di bahu kiri yang kadangkala memainkan peranan dalam mengawal diri anda. Jadi, untuk mengetahui sifat ‘lemah’ anda yang terpendam, mari ikuti ujian psikologi ini!

Henda Watani|Pexels

Soalan: Bayangkan anda adalah seekor kucing dan sedang melihat sesuatu. Jika anda seekor kucing, apa agaknya yang akan menarik perhatian anda pada waktu itu? Adakah jawapan anda:

A. Tetamu yang tidak pernah dilihat

B. Ikan bakar

C. Kucing liar yang berada di luar rumah

D. Anak patung baru yang dibawa pulang oleh tuan

Jawapan. Jika anda memilih:

A) Takutkan kegagalan

Gambar Hiasan | Andrik Langfield – Unsplash

Ketika berhadapan dengan dugaan dan cabaran, anda akan sentiasa diselubungi dengan perasaan ragu-ragu dan juga pemikiran yang negatif. Unsur negatif ini terlalu berkuasa sehingga kadangkala membuatkan anda langsung tidak mempercayai sebarang kebarangkalian yang positif. Hal ini demikian kerana mentaliti dan sikap ingin melindungi diri sendiri menjadikan anda takut untuk mencabar kemampuan diri. Malah, anda juga akan terlalu banyak berfikir sehingga akhirnya terlepas peluang keemasan disebabkan oleh sikap anda yang cenderung untuk berada di takuk yang sama dan tidak mahu melakukan perubahan. Jadi, berubahlah! Berubah ke arah kebaikan supaya anda mempunyai peluang untuk menjadi diri anda yang baru!

B) Mudah dikalahkan oleh nafsu

Anda adalah seorang yang gemar membuat perancangan ekonomi namun kebiasaannya ia langsung tidak berhasil sebaliknya membuatkan anda lebih rugi! Misalnya ketika membeli-belah, anda tidak berupaya untuk menahan godaan dalam berbelanja. Anda akan membeli apa sahaja walaupun ianya sekadar pakaian atau perkakasan yang murah. Pada masa yang sama, anda sentiasa menyimpan hasrat untuk mengurangkan perbelanjaan pada bulan hadapan namun akhirnya, baki akaun di dalam bank anda tetap akan berkurangan. Jika ada penambahan pun, ianya hanya melibatkan jumlah yang kecil.

C) Suka membanding-bandingkan

Throughline

Anda selalu membandingkan diri anda dan orang lain lalu menganggap bahawa anda lebih baik berbanding mereka. Personaliti seperti ini menjadikan anda sukar untuk bertenang dan berkongsi kegembiraan bersama orang lain. Hal ini kerana anda akan selalu memikirkan tentang cara untuk terus dipandang tinggi dan dihormati oleh orang sekeliling. Lama-kelamaan, tanpa anda sedari, anda akan menjadi seorang yang mudah kecewa dan tidak jujur.

Bukannya anda langsung tidak mempunyai sifat empati kepada orang sekeliling namun sikap suka membandingkan yang tertanam dalam diri inilah yang membuatkan anda berfikiran kolot dan mementingkan diri sendiri sahaja. Cuba buka minda dan abaikan sikap sukakan persaingan ini. Apabila anda berjaya melayani orang lain sebaik mungkin, nescaya anda akan menjadi lebih tenang dan gembira.

D) Terlalu suka bermain/Tidak serius

Gambar Hiasan | Joseph Greve – Unsplash

Anda seorang yang periang dan suka menikmati keseronokan hidup. Perkara rutin yang membosankan langsung tidak membuatkan anda teruja kerana pada pandangan anda, hidup ini perlu dipenuhi dengan nikmat keseronokan! Tidak kiralah sama ada anda sedang bekerja atau masih belajar, anda pasti akan melakukan perkara-perkara yang seronok dan memberi keterujaan walau setinggi mana tekanan dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Untuk berjaya, bezakan antara waktu untuk bermain dan waktu untuk fokus. Dengan cara ini, anda pasti mampu untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar di masa hadapan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular