Sebelum ini, bukan semua pelajar yang menjalani latihan industri akan menerima elaun. Ada yang bernasib baik – menerima elaun yang mencukupi, ada yang cukup-cukup makan dan ada yang tidak bernasib baik langsung – tidak menerima elaun. Hal ini disebabkan oleh pemberian elaun adalah tertakluk kepada peruntukan majikan masing-masing.

Pelajar yang sedang berpraktikal ini pula sering kali menjadi ‘orang pertama’ yang akan dikerah untuk melakukan sesuatu tugasan. Secara ringkasnya, tujuan utama pelajar praktikal ini ditempatkan di mana-mana kementerian, jabatan, agensi dan syarikat-syarikat di luar sana adalah untuk mempraktikkan teori yang telah dipelajari daripada pusat pengajian masing-masing.

Tetapi, muncul pula isu di mana para pelajar yang menjalani latihan industri tidak menerima bayaran upah atau elaun yang bertepatan dengan kerja yang dilakukan mereka, dan sudah tentu isu ini membuka mata umum. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang telah membangkitkan isu tersebut baru-baru ini pada mesyuarat Kabinet nampaknya telah menerima keputusan positif.

Satu video dimuat naik oleh Syed Saddiq di Twitter yang menyatakan bahawa pembayaran elaun kepada pelatih industri yang berkhidmat di setiap kementerian dan agensi kerajaan akan diperkenalkan semula oleh kerajaan. “Kewajipan membayar elaun akan merujuk kepada pekeliling yang akan dilaksanakan di setiap kementerian dan agensi kerajaan”.

“Skim pembayaran kepada pelatih akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan dan akan dilaksanakan bagi kemudahan pelatih. Ini adalah permulaan kepada dasar untuk mewajibkan latihan berbayar dan saya berharap ia ditetapkan sebagai satu standard di Malaysia sama ada sektor awam atau swasta,” katanya.

Menurut Syed Saddiq, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas kabinet bagi membincangkan isu berkaitan anak muda.

Sumber: 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular