Sebelum ini, kita didedahkan dengan kisah seorang budak darjah 2 yang sudah pandai berniaga kecil-kecilan dengan menjual grafik pada beyblade di sekolah sehingga mampu menyimpan sejumlah wang yang agak banyak.

Kini, muncul pula kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama Nurul Iman Syuhadah bersama 2 orang lagi rakannya yang sungguh kreatif!

Ibu saudara kepada Iman, yang menggunakan nama akaun @atifahhhhhh di laman Twitter ada berkongsi kisah anak saudaranya itu yang membuat servis melukis luka dengan harga yang sangat berpatutan.

@atifahhhhhh|Twitter

Perkhidmatan melukis luka ini beroperasi daripada hari Isnin hinggalah Jumaat. Antara servis lukisan luka yang disediakan berserta harganya ialah:

1. Luka lebam – RM0.50
2. Luka seretan pada batu – RM1.00
3. Luka daripada motor – RM1.00
4. Luka dirotan – RM0.50

@atifahhhhhh|Twitter

Difahamkan bahawa ketiga-tiga budak perempuan tersebut, Iman, Qaseh dan Sakinah merupakan rakan karib. Menurut ibu kepada Iman, Norasarina Abdul Razak, Iman mula belajar melukis luka menerusi rancangan 5 Minutes Craft di Facebook dan dia sememangnya terhibur dengan bakat anaknya itu.

@atifahhhhhh|Twitter

Walaupun masih muda lagi, namun mereka bertiga berani menonjolkan bakat dan berkeinginan dalam bidang perniagaan.

Ia bertitik tolak daripada keluarga Iman yang turut berkecimpung dalam bidang perniagaan. Ibunya meniaga secara dalam talian manakala bapanya pula menjalankan perniagaan sistem siar raya.

@atifahhhhhh|Twitter

Tweet di laman Twitter tersebut menerima perhatian luar biasa daripada rata-rata pengguna lain. Ia menerima tanda suka sebanyak 11,400 kali dan di-retweet sebanyak 17,700 kali.

@atifahhhhhh|Twitter

Ternyata netizen berasa kagum dengan bakat kanak-kanak cilik ini kerana luka yang dilukis sama seperti luka sebenar dan berharap agar bakat serta kemampuan mereka ini mampu diasah.

@atifahhhhhh|Twitter

Semoga Iman dan rakan-rakannya boleh pergi jauh dengan bakat dan kemampuan mereka ini di masa akan datang.

Sumber: @atifahhhhhh|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular