Orang ramai dan kakitangan mahkamah yang berada di dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta diarahkan untuk mengosongkan bangunan itu buat sementara waktu ekoran terdapat ancaman bom.

Ancaman bom dilaporkan diterima pada jam 12 tengah hari tadi ketika perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersidang.

Sebaik sahaja ancaman bom itu dimaklumkan, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes SRC International terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Penugasan Unit Anjing Pengesan (K9) tiba di lokasi kejadian pada 12.40 tengah hari tadi untuk menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh.

Pada jam 2 petang, Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Penugasan Unit Anjing Pengesan (K9) selesai membuat pemeriksaan awal pada seluruh Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan tiada bom ditemui setakat ini.

Sumber: 

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular