Kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membesarkan anak-anak. Keibubapaan dan membesarkan anak-anak secara amnya merupakan satu proses yang mempromosi dan menyokong pembangunan fizikal, emosi, sosial, dan intelektual seorang kanak-kanak daripada kecil hinggalah menginjak dewasa.

Selain ibu bapa dan keluarga, guru yang merupakan antara individu yang paling rapat dengan kanak-kanak, turut memainkan peranan yang sama. Seorang guru sememangnya berperanan dalam mendidik seseorang bukan hanya dalam aspek akademik sahaja, malah daripada segi adab dan tingkah laku.

Sebagai contoh, kanak-kanak di Taska Nurul Iman yang terletak di Nibong Tebal ini. Menurut guru mereka yang menggunakan nama Puan Eda Ali pada akaun Facebook telah berkongsi satu detik yang cukup bermakna.

Pelajar di taska berkenaan difahamkan sangat teruja apabila apabila lori sampah datang ke kawasan taska mereka bagi menjalankan kerja-kerja kutipan sampah. Mereka lazimnya akan melihat proses kutipan itu secara dekat dan ada juga yang melambai-lambai pada pekerja tersebut.

Puan Eda Ali|Facebook

Namun, ada satu ketika di mana anak-anak di sana begitu teruja dan ingin memberikan air minuman kepada para pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai. Tindakan mereka itu membuktikan bahawa mereka telah menerima didikan yang baik daripada guru dan juga ibu bapa.

Puan Eda Ali|Facebook

Siapa sangka budak kecil lebih menghargai tugas yang diamanahkan kepada pekerja berkenaan? Mungkin ada segelintir daripada kita yang memandang sinis pekerjaan sebegini walhal mereka telah menjalankan satu tugas yang begitu murni.

Puan Eda Ali|Facebook

Puan Eda Ali|Facebook

Walaupun masih kecil, jelas sekali bahawa kanak-kanak ini sangat menghormati dan menghargai usaha pekerja terbabit. Ada pula seorang pekerja yang menasihati seorang kanak-kanak supaya belajar rajin-rajin agar tidak menjadi seperti mereka.

Puan Eda Ali|Facebook

Puan Eda Ali|Facebook

Dalam pada kita berusaha keras mengejar pembangunan negara dan persediaan menghadapi persaingan di peringkat global, namun jangan kita sesekali lupa akan penerapan nilai murni.

Puan Eda Ali|Facebook

Puan Eda Ali|Facebook

Nilai sebeginilah yang harus kita terapkan dalam jiwa anak-anak kita sedari kecil lagi. Apa gunanya jika kita terlalu mengejar untuk menjadi negara maju tanpa menyemai nilai-nilai kemanusiaan, kesaksamaan dan keadilan sosial dalam masyarakat, bukan?

Sumber: Puan Eda Ali|Facebook

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular