Barangkali ada yang bertanya apa itu ‘burnout’. ‘Burnout’ merupakan satu keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan serta berpanjangan. ‘Burnout’ boleh terjadi apabila diri diselubungi rasa kesedihan dan tidak dapat memenuhi keperluan diri atau terlalu banyak tekanan kerja dalam jangka masa yang panjang.

Menurut MyHealth, keadaan tekanan yang berterusan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hilang minat untuk bekerja dan kekurangan motivasi sehingga menyebabkan produktiviti diri menjadi semakin merosot dan peningkatan rasa tidak berdaya, tiada harapan serta sering berasa marah.

Ia boleh menjurus kepada masalah kemurungan dan penyakit mental yang serius sekiranya tekanan ini dibiarkan berlarutan serta tidak ditangani dengan cara yang betul.

Pixabay/Gambar Hiasan

Faktor yang menyebabkan ‘burnout’.

  • Kerja yang berlebihan atau berkurangan kerana kebosanan yang membuat fizikal menjadi letih dan lesu.
  • Tekanan kerja atau stres akibat bebanan kerja yang terlalu banyak atau melakukan pekerjaan di luar bidang kepakaran.
  • Personaliti yang mementingkan kesempurnaan dan pencapaian dalam pekerjaan serta kurang mempercayai orang lain.
  • Wujudnya perasaan rendah diri dengan sering membandingkan diri dengan orang lain sehingga membawa pengunduran diri daripada lingkungan sosial.

Wikimedia.org/Gambar Hiasan

Tanda-tanda anda sedang mengalami ‘burnout’.

1.Tingkahlaku.

  • Mengundur diri daripada tanggungjawab.
  • Menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya.
  • Datang bertugas lewat dan balik lebih awal.

2. Fizikal.

  • Rasa keletihan sepanjang masa.
  • Kerap sakit kepala, sakit belakang serta sakit sendi dan otot.
  • Gangguan penghadaman atau selalu sakit perut.
  • Mengalami masalah sukar untuk tidur.

3. Emosi.

  • Mudah marah dan sensitif.
  • Sukar mengawal perasaan dan mudah menangis.
  • Sering berasa tidak dihargai.
  • Sering berasa gagal.
  • Kurang daya tumpuan.
  • Sentiasa berasa terlalu penat.
  • Kerap mengasingkan diri.

Pixabay/Gambar Hiasan

Langkah-langkah mengatasi ‘burnout’.

Sekiranya anda mendapati diri mengalami tanda-tanda ‘burnout’, segera bertindak dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut :

  • Mulakan hari dengan senyuman.
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang, melakukan senaman serta mendapatkan tidur yang mencukupi.
  • Merehatkan diri serta minda dengan mengambil cuti daripada bekerja.
  • Cuba melakukan aktiviti baru dan sesuatu yang berlainan daripada rutin harian dengan menerapkan unsur yang menyeronokkan.
  • Belajar mengurus masa dengan lebih baik dan efisen serta pelajari cara mengawal tekanan dengan berkesan.

Pexels/Gambar Hiasan

Dapatkan nasihat pakar psikologi atau psikatri sekiranya anda tidak mampu menangani masalah ‘burnout’ secara sendiri.

Sumber : Public Health Malaysia/Facebook , @imShahidah/Twitter

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular