Tugas membesarkan serta mendidik anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi. selain itu juga, ibu bapa turut perlu memberikan contoh dan teladan yang positif.

Hal ini kerana, kebanyakan sikap dan personaliti anak-anak terbentuk berdasarkan dengan contoh dan model peranan yang dimainkan oleh orang yang paling dekat dengan mereka – tidak lain dan tidak bukan, ibu bapa.

Anak-anak akan tertarik dan terikut-ikut ibu bapa mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa kita seharusnya berusaha melakukan perkara yang positif selain menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Seperti kisah seorang remaja yang dikenali sebagai Haow ini. Semangat dan kegigihan Haow dalam membantu penjual makanan di kantin sekolahnya, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur amat menarik perhatian seorang pemuda yang dikenali sebagai Redzwan Azizan sehinggakan Redzwan berkongsi kisah ini di Facebook.

Menurut Redzwan, Haow tidak sama seperti pelajar seusianya. Ini kerana, masa rehatnya dipenuhi dengan aktiviti yang lebih bermanfaat selain mengasah ilmu berniaga. Mungkin Haow bekerja sambilan ketika rehat, tetapi mengejutkan kerana Haow tidak bekerja bahkan hanya membantu secara sukarela.

Dia tidak menerima upah namun jika dia mahu makan apa-apa, dia boleh mengambil sahaja makanan tersebut. Menurut penjual di kantin berkenaan, bapa Haow juga merupakan seorang peniaga. Mungkin daripada situ, Haow mampu menguruskan masanya selain mengasah kemahiran keusahawanan dan interpersonal.

Haow juga dilihat amat menitikberatkan soal kebersihan dalam penyediaan makanan. Buktinya, sepanjang membantu jualan di kantin itu, dia sentiasa memakai sarung tangan. Selain itu juga, Haow kekal tenang dan sempat tersenyum ketika menyediakan makanan walaupun pelajar-pelajar lain beratur panjang.

Walaupun berbeza kaum, Haow tidak pun memilih malah dengan senang hati membantu penjual makanan berbangsa Melayu berkenaan. Ternyata sikap sebegini amat jarang dijumpai dalam diri anak-anak muda generasi sekarang. Kebanyakan daripada mereka hanya mementingkan diri sendiri selain enggan meluangkan masa mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

Sumber: Redzwan Azizan | Facebook

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular