Di dunia ini, terdapat bermacam-macam peristiwa bersejarah yang dirakamkan setiap hari. Hari kemerdekaan, perayaan, perkahwinan, hari lahir dan bermacam-macam lagi. Setiap peristiwa mencatatkan detik pahit manis yang semestinya akan menjadi kenangan terindah dalam hidup seseorang.

Begitulah juga yang dilalui oleh seorang wanita apabila melahirkan bayi pada tanggal 11 Julai yang juga menjadi hari istimewa yang disambut oleh syarikat kedai serbaneka 24 jam iaitu 7-Eleven bagi menandakan tarikh penubuhan syarikat itu.

WGN9

Kelahiran istimewa ini dianggap sebagai satu keajaiban bukan sahaja oleh ibu yang dikenali sebagai Rachel Langford ini tetapi juga majoriti warga netizen seluruh dunia! Hal ini kerana bayi tersebut dilahirkan pada 11 Julai, tepat pada jam 7.11 malam dengan berat 7 pound dan 11 auns!

Dilahirkan di St. Louis, bayi perempuan yang kemudiannya dinamakan J’Aime Brown ini berjaya menarik perhatian seluruh dunia termasuk pihak 7-Eleven sendiri yang kemudiannya mengambil keputusan untuk menghulurkan sumbangan khas kepada keluarga Rachel.

FOX2NOW

Anda tahu jumlah sumbangan khas pendidikan kolej untuk ‘bayi 7-Eleven’ ini? US$ 7,111 yang bersamaan dengan RM29,261.05!

Selain J’Aime, Rachel turut mempunyai anak sulung lelaki yang kini berusia enam tahun. Ketika ditanya mengenai kejadian-kejadian aneh yang berlaku sewaktu mengandungkan anak keduanya itu, Rachel mendakwa bahawa dia acap kali melihat angka 7 dan 11 namun langsung tidak menyangka ia adalah satu petanda keajaiban! Katanya, sewaktu hamil, Rachel seringkali melihat jam ketika jarum tepat menunjukkan pukul 7.11.

Newsweek

“Pada awalnya saya berasa aneh. Saya langsung tidak menyangka nombor-nombor itu akan membawa makna yang cukup besar”.

Menurut jurucakap 7-Eleven iaitu Gaby Harris kepada USA Today, “Selepas menonton berita mengenai kejadian yang menakjubkan ini, pihak 7-Eleven berjanji akan mendermakan sebanyak US$ 7,111 kepada tabung kolej bayi ini bagi menyambut kelahirannya ke dunia ini”.

People

Selain daripada pembiayaan kolej, pihak 7-Eleven turut menghulurkan sumbangan berupa lampin bayi pakai buang, pakaian dan lain-lain barangan keperluan bayi. Memang bertuah sungguh keluarga ini. Benarlah kata orang, setiap anak itu membawa rezeki tertentu. Untuk keluarga Rachel, 7-Eleven menjadi sumber rezeki yang besar menerusi kelahiran J’Aime.

Sumber: Newsweek

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL HIBURAN

Video Popular