Aplikasi foto yang dilengkapi dengan kesan kecantikan melalui ‘filter’ atau penapis yang sangat menarik kini menjadi trend di seluruh dunia.

Ada yang mampu menyembunyikan parut, kekusaman wajah, menghilangkan parut, memancungkan hidung, membentuk wajah, menambah solekan dan macam-macam lagi. Maka tidak hairanlah aplikasi sebegini sering mendapat tempat dan disukai ramai pengguna.

Selain daripada ‘membaiki’ ciri fizikal pada wajah, ia juga mampu menghasilkan foto yang menarik menerusi beberapa pilihan filter yang disediakan. Salah satu contoh aplikasi popular yang sering digunakan adalah SNOW beauty and makeup camera.

Apa yang menariknya, pengemaskinian sering kali dibuat pada perisian aplikasi tersebut. Baru-baru ini SNOW telah melancarkan satu filter baharu yang comel – filter untuk haiwan peliharaan!

Ya, kini bukan manusia sahaja boleh bergaya sakan di hadapan kamera dengan filter yang cantik. Hal ini kerana, filter tersebut telah dicipta khas untuk haiwan peliharaan di rumah.

Sejurus sahaja anda membuka filter haiwan peliharaan berkenaan, anda dapati terdapat banyak kesan yang menarik di mana apa-apa pelekat yang sebelum ini hanya boleh digunakan pada wajah manusia, kini boleh diaplikasikan pada wajah haiwan peliharaan anda.

Jadi, selepas ini, bolehlah anda merakamkan foto bersama dengan kucing dan anjing anda. Hasilnya amat comel dan sungguh lucu.

Tidak percaya? Cuba anda lihat beberapa contoh hasilan yang comel di bawah ini:

 

@mycat_katsu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tigrita (@tigritathecat) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Creamy, Chaco, and Chubby (@3c_in_a_house) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meowdòwó (@meowdowo) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hana Roro (@roro0875) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by h (@eeirie_n) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mangostar (@mangostar0414) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by cimut です (@cimut_nyan) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by h (@eeirie_n) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 島灰🐱 (@graydd66) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🌊해일이 (Hail)🌊 (@all_hail_thecat) on

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular