Jika hidup hanya dipenuhi dengan kerja sahaja pun tidak menyeronokkan juga, bukan? Oleh kerana itulah, manusia lazimnya mempunyai hobi yang boleh dilakukan pada masa lapang.

Secara ringkasnya, hobi merupakan satu aktiviti yang diminati dan kerap dilakukan oleh seseorang itu untuk keseronokan. Sebagai contoh, bermain alat muzik, berkhemah, bersukan, bermain permainan video dan pelbagai lagi.

Jika anda perasan, kebelakangan ini anak muda sangat taksub dengan permainan beyblade. Anak ataupun adik-adik kita akan memujuk agar dibelikan dengan beyblade yang mempunyai daya tahan yang tinggi agar ia mampu menewaskan beyblade rakan mereka.

Sungguhpun begitu, jika hancur setelah berlawan, beyblade masih boleh dipasang semula namun mungkin pelekat grafik padanya sudah pudar.

Oleh kerana itulah, kanak-kanak darjah 2 tahun ini muncul dengan idea dan hobi yang cukup menarik. Kisahnya dikongsi oleh bapa saudara kanak-kanak itu menerusi satu kenyataan di Twitter. Menurut @M_Naqi, anak buahnya itu hanya bermodalkan komputer dan kertas A4 sahaja.

Anak saudaranya itu difahamkan menjalankan peniagaan kecil-kecilan di sekolah dengan menjual grafik beyblade yang direka kemudian dicetak pada kertas. Terdapat dua saiz yang dijual kanak-kanak itu; RM3 untuk saiz kecil manakala RM6 untuk yang besar.

Hasil jualannya itu, kanak-kanak tersebut berjaya meraih antara RM500-RM700 dalam tempoh sebulan. Hebat juga, bukan? Siapa sangka, kanak-kanak itu mampu menjana wang sampingan dengan hanya mereka grafik pada beyblade sahaja.

Amat mengagumkan apabila simpanan kanak-kanak itu juga sudah mencecah RM3,000, termasuklah dengan duit tabung serta simpanan duit rayanya.

Selain itu juga, lelaki tersebut dan anak saudara juga berkesempatan ke Guangzhou bagi mencari lubuk barangan borong. Seronoknya!

Tweet lelaki itu mendapat perhatian pengguna Twitter lain dan telah di’retweet’ sebanyak 9,600 kali dan menerima ‘likes’ sebanyak 7,900 kali.

Rata-rata pengguna berasa kagum dengan bakat dan kesungguhan kanak-kanak tersebut kerana pandai mencari duit poket sendiri melalui perniagaan sebegini.

Sumber: NAQI|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GAYA HIDUP

Video Popular