Apabila anda melihat pegawai polis trafik, sudah pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah mereka bertanggungjawab menjaga hal-hal berkaitan trafik dan keselamatan jalan raya serta memberi tiket saman sekiranya anda melakukan kesalahan trafik.

Namun tugas itu sebenarnya tidak terhad kepada tanggungjawab menjaga dan mengawal keadaan trafik yang biasa sekiranya ia melibatkan tugasnya yang mungkin akan turut terjejas dan memberi masalah kepada pengguna jalan raya.

Video ini sudah lama dirakamkan dan dimuat naik oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di Facebook pada 16 Julai, dan menjadi tular apabila ia menunjukkan sikap prihatin dan dedikasi pegawai polis trafik Lans Koperal Mohd Amirul Mohd, yang bertindak segera membersihkan saliran yang tersumbat di Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur ekoran hujan lebat.

Trafik KL JSPT KL/Facebook

Lans Koperal Mohd Amirul merupakan anggota dari Bahagian Kawalan Lalu Lintas Bukit Aman, telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengorek sampah tersekat bagi melancarkan aliran air ke dalam longkang yang tersumbat di pinggir jalan. 

Tindakan Lans Koperal Mohd Amirul yang tidak kisah untuk mengotorkan dirinya dengan mengaut sampah dengan tangan tanpa sarung tangan demi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengguna jalan raya tidak terganggu. 

Trafik KL JSPT KL/Facebook

Beliau juga bertindak bagi memastikan pengguna jalan raya tidak akan terjejas dengan kemungkinan cetusan banjir kilat yang boleh mengakibatkan kesesakan jalan raya yang teruk sekiranya masalah ini tidak ditangani segera.

Trafik KL JSPT KL/Facebook

Berikutan itu, ramai netizen yang memuji sikap mulia Lans Koperal Mohd Amirul yang sanggup melakukan kerja tambahan di luar bidang kuasa tugasnya demi kebaikan masyarakat.

Trafik KL JSPT KL/Facebook

Menurut jurucakap JSPT kepada NST, video lama ini telah di muat naik di laman Facebook bagi tujuan pendidikan dan juga memberi contoh untuk menggalakkan lebih ramai pegawai PDRM lain melakukan apa-apa sahaja tugas tambahan dengan ikhlas demi memberi kemudahan kepada masyarakat dan membantu orang ramai.

Lans Koperal Mohd Amirul Mohd. telah menerima pujian serta penghargaan kerana perkhidmatannya yang cemerlang dan kini menjadi pengiring kepada Timbalan Perdana Menteri.

Syabas dan tabik kepada mana-mana anggota PDRM serta pasukan keselamatan lain yang sanggup melakukan tugas tambahan di luar bidang tugas dan berkorban apa sahaja demi memastikan kebajikan dan keselesaan masyarakat di negara ini sentiasa terpelihara. Jasa dan pengorbanan anda amat dihargai serta memberi teladan kepada masyarakat untuk menjadi warga Malaysia yang lebih baik.

Tonton rakaman video yang memberi inspirasi ini di bawah :

Trafik KL JSPT KL/Facebook

Sumber : Trafik KL JSPT KL/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular