‘Thor: Love and Thunder’ yang merupakan filem keempat Thor antara filem Marvel Cinematic Universe (MCU) fasa keempat yang menjadi sebutan para peminat.

Menerusi ciapan Marvel Studios di Twitter, Taika Waititi akan kembali sebagai pengarah. Seperti biasa filem ini akan dibintangi oleh Chris Hemsworth, Tessa Thompson dan Natalie Portman akan kembali semula memegang watak Jane Foster.

Jalan cerita dan sinopsis filem ini belum diumumkan secara rasmi, tetapi menurut The Hollywood Reporter, ‘Thor: Love and Thunder’ akan menampilkan watak superhero LGBT yang pertama dalam filem MCU. Valkyie akan diangkat sebagai Raja Asgard yang baru di mana dia mencari pasangan wanita untuk dijadikan Queen Of Asgard.

“Sebagai raja baru [Asgard], dia perlu mencari Queen Of Asgard. Itu akan menjadi perkara pertama untuk dilakukan, ” kata Tessa Thompson di Hall H, San Diego Comic-Con.

Selain itu, Natalie Portman dikatakan akan menjadi Thor wanita pertama dalam siri filem Marvel. Natalie Portman menjadi Jane Foster dalam filem Thor (2011) dan Thor: The Dark World (2013).

Taika Waititi menjelaskan bahawa filem ini penuh dengan emosi, cinta, kepincangan dan semestinya watak Thor versi wanita.

Selain ‘Thor: Love and Thunder’, berikut adalah filem lain yang diumumkan oleh Marvel Studios di Comic-Con:

#1. Black Widow (1 Mei 2020)

#2. The Eternals (6 November 2020)

#3. Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (12 Februari 2021)

#4. Doctor Strange in the Multiverse of Madness (7 Mei 2021)

Peminat Marvel pasti tidak sabar untuk menunggu filem-filem ini ditayangkan di pawagam.

Sumber: Marvel Studios | Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular