Siapa yang tidak terkejut nilai barang dapur yang dibeli hampir berjumlah RM1900? Barangan yang dibeli itu pula tidaklah penuh dalam satu troli. 

Inilah yang berlaku kepada Fahmi Jamil yang berkongsi kejadian mengejutkan itu menerusi akaun Facebooknya. Ia bukan hanya mengejutkan Fahmi, juruwang lelaki yang bertugas pada waktu itu turut terkejut selepas mengimbas harga kesemua barang, semuanya berjumlah RM1882.16.

Juruwang tersebut bertanya kepada Fahmi adakah barang yang dibelinya memang berharga sebegitu? Fahmi yang terkejut ketika itu menjawab bahawa dia hanya membeli barang dapur dan makanan, jadi tidak munasabah langsung jumlah keseluruhan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

Juruwang berkenaan kemudiannya meminta bantuan pekerja wanita yang berada berdekatan. Fahmi juga diminta untuk menunggu sebentar sementara juruwang berkenaan memeriksa resit untuk mencari punca harga yang tidak masuk akal itu. 

Setelah diperiksa, rupa-rupanya serai yang dibeli oleh Fahmi diletakkan dengan tanda harga yang salah. Menurut resit itu, serai yang dibelinya berharga RM1746. Patutlah!

Pekerja wanita berkenaan membawa serai itu ke bahagian label tanda harga di bahagian sayur untuk mendapatkan harga yang sebenar dan serai itu hanya berharga 45 sen sahaja.

Sebelum beredar, Fahmi sempat bergurau, “Andai kata, saya terbayar dulu tadi (sebab guna kad), boleh refund ke?”. Juruwang tersebut menjawab bahawa dia yang perlu bertanggungjawab jika Fahmi terus membayar jumlah yang tidak tepat itu. 

Dalam pada itu, Fahmi sempat memuji tindakan pantas yang diambil oleh juruwang dan pekerja wanita tersebut kerana tidak membuatkan pelanggan lain menunggu lama.

Sumber: Fahmi Jamil | Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular