Tidak dapat dinafikan, zaman kanak-kanak pastinya akan menjadi salah satu memori yang paling indah bagi setiap orang, terutamanya bagi mereka yang berani melakukan pelbagai jenis perkara di usia muda.

Walau bagaimanapun, untuk melakukan sesuatu perkara yang berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain pastinya bukan satu idea yang baik untuk dilakukan.

Chitran Tamil Chelvan/Facebook

Misalnya seperti sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan dua orang kanak-kanak meniarap di bahagian belakang bumbung kereta ketika kereta itu sedang bergerak dengan laju. Memang berbahaya!

Video kejadian dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Chitran Tamil Chelvan pada 21 Julai dan kini telah mendapat 197 komen, 107 kongsian serta lebih dari 245,000 sukaan sehingga entri ini dihasilkan.

Chitran Tamil Chelvan/Facebook

Difahamkan, kejadian ini berlaku dia kawasan Scientex, Pasir Gudang, Johor dan ternyata telah mengundang kebimbangan kepada orang ramai.

Facebook

Sumber: Chitran Tamil Chelvan | Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular