PUTRAJAYA – Agensi Kerajaan Persekutuan seluruh negara akan melaksanakan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2019 yang akan menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB).

Waktu Bekerja Fleksi akan memberi masa yang lebih fleksibel kepada pegawai kerajaan untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang telah ditetapkan, asalkan kakitangan kerajaan memenuhi syarat tempoh bekerja sehari. 

@jpa2today/Instagram

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengumumkan penguatkuasaan WBF dalam satu muat naik Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019 pada 17 Julai. Menurut pekeliling, tempoh waktu masuk bekerja akan bermula pada jam 7.30 pagi hingga 9 pagi bagi semua agensi kerajaaan Persekutuan di setiap negeri.

Manakala tempoh waktu pulang bekerja adalah antara jam 4.30 petang hingga 6 petang, kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu antara jam 3 petang hingg 4.30 petang.

Pekeliling itu memberi contoh sekiranya seorang pegawai kerajaan memulakan tugas pada jam 8.07, beliau boleh menamatkan tugas pada jam 5.07 petang.

FreeImages / Gambar Hiasan

Namun berbeza bagi perkhidmatan kaunter jabatan kerajaan, ketua jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk memulakan tugas pada satu masa yang dikehendaki dalam tempoh masa tersebut.

Pekeliling tersebut turut menyatakan kerajaan memberi fleksibiliti kepada kakitangan awam dan pegawai kerajaan dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit dalam bulan Ramadan bagi membolehkan mereka meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal. Namun kebenaran berbuat demikian adalah tertakluk kepada kelulusan yang diberikan oleh ketua jabatan.

jpm.gov.my  / Gambar Hiasan

Sebelum ini, Waktu Bekerja Fleksibel telah dilaksanakan secara rintis di agensi Kerajaan Persekutuan Wilayah Persekutuan, Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu serta Sabah dan Sarawak mulai 1 Mac 2019.

Berdasarkan hasil kajian, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Waktu Bekerja Fleksi di semua agensi Kerajaan Persekutuan seluruh negara mulai 1 Ogos 2019.

Penguatkuasaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) hanya diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sebelum ini mengguna pakai Waktu Bekerja Berperingkat di semua kementerian, jabatan dan agensi di seluruh negara.

Sumber : @jpa2today/Instagram , Astro Awani

Maybe you're interested :

Share

Video Popular