Muhammad Irfan Yusmanizam atau lebih dikenali sebagai Mat Ipang atau ‘Ustak Ipang’ semakin dikenali ramai sejak muncul bersama Ustaz Azhar Idrus (UIA) dalam satu majlis ceramah 3 tahun lalu. 

Pada awal kemunculannya, dia dilihat ragu-ragu untuk bercakap di hadapan orang ramai namun bicaranya semakin baik selepas kerap diundang untuk memberikan ‘ceramah’.

Mat Ipang yang kini berusia 9 tahun dilihat semakin matang dan ‘dewasa’ daripada usia sebenarnya. 

Terbaharu tular di media sosial video Mat Ipang yang tidak bersetuju apabila dikatakan ‘lelaki semua sama’.

Menerusi video hampir 2 minit tersebut, Mat Ipang dilihat memberikan ‘laporan’ kepada ibunya yang sedang menantinya pulang dari sekolah di dalam kereta. 

Menurut Mat Ipang, ada seorang kawan perempuannya mengatakan bahawa ‘lelaki semua sama’. 

Kenyataan itu bukanlah perkara yang baharu didengari malah ramai yang sering melontarkan kenyataan tersebut dan bersetuju dengannya lebih-lebih lagi perempuan.

Walau bagaimanapun, Mat Ipang mempunyai pendapat tersendiri dan ternyata pendapatnya itu sungguh bernas.

Menurut Mat Ipang, kita tidak boleh menyalahkan dan menyamakan semua lelaki tetapi kesalahan yang dilakukan itu adalah atas diri individu masing-masing.

Mat Ipang juga berpesan agar berkelakuan baik supaya orang lain dapat melihat kebaikan dalam diri kita.

Tutur kata daripada Mat Ipang memang sopan dan lembut didengar. Tidak hairanlah jika dia digelar ‘Ustak Ipang’ kerana bicaranya itu menyusup terus ke dalam hati.

Semoga kita dapat menjadikan pengajaran daripada ‘ceramah’ pendek Mat Ipang ini.

Sumber: Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular