Musim durian kembali lagi dan menyebabkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya penggemar durian ‘menggila’ ketika membeli raja buah ini. Selain daripada dimakan begitu sahaja, durian juga enak dimakan sebagai tempoyak, bubur dan juga digoreng. Tetapi memandangkan sekarang adalah zaman ‘hipster’, pelbagai jenis hidangan durian mula dipasarkan. Antaranya krep durian, durian bakar, durian Milo, teh boba durian dan sebagainya!

Namun baru-baru ini, ketika sebuah keluarga di Terengganu sedang cuba untuk menghasilkan tempoyak durian, telah berlaku satu insiden melucukan dan menjadi tular di media sosial serta mengundang gelak tawa warga netizen!

Menerusi satu tweet yang ditularkan oleh @narzam86off, ketika keluarga ini sedang menyediakan bahan untuk membuat tempoyak, satu ‘letupan’ besar telah berlaku apabila botol yang digunakan untuk proses peraman durian telah meletup sekali gus mengakibatkan satu rumah berbau tempoyak!

Bukan sahaja dapurnya bersepah dengan isi tempoyak yang berterbangan, malah anda juga boleh membayangkan ‘kuasa’ letupan tersebut menerusi percikan tempoyak yang melekat di siling rumah tersebut! Tingginya!

Jelas @narzam86off lagi, letupan tersebut adalah berpunca daripada tindak balas gas daripada proses pemeraman tempoyak itu.

“Wah ramai tak tahu! Tempoyak mengandungi gas terpendam. Peminat-peminat tempoyak sila jangan tutup rapat penutup bekas itu, bebaskan gas selepas gaul garam untuk simpan terutamanya durian yang baru.”

Mengejutkan! Mungkin ramai tidak pernah menyaksikan letupan tempoyak atau tidak pernah tahu pun bahawa kejadian sebegini boleh berlaku. warga netizen yang terhibur dengan kejadian ini turut membanjiri ruangan komen dengan kata-kata yang melucukan!

“Habis lah semerbak bau tempoyak seminggu tak hilang!”

“Saya boleh bau tempoyak hanya dengan melihat gambar ini.”

Apa-apa pun, semoga keluarga ini bertabah dengan ‘tragedi’ yang menimpa dapur mereka. Diharap agar insiden tempoyak meletup ini tidak akan berulang kembali…

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular