Sejak kebelakangan ini, kes-kes penemuan kamera yang tersembunyi di kawasan awam semakin meningkat.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah laman kumpulan di Facebook berkongsi insiden penemuan sebuah kamera yang disembunyikan di dalam berus di tandas awam di salah sebuah cawangan kafe Tealive, yang bertempat di Muar, Johor.

Muar News 麻坡新闻/Facebook

Kiriman tersebut memberi amaran kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan sentiasa memeriksa keadaan sekeliling sebelum menggunakan kemudahan awam.

Menurut kiriman yang dikongsikan sendiri oleh pihak kafe Tealive berkenaan, insiden itu disedari kira-kira jam 11 malam pada 17 Julai yang lalu apabila salah seorang pelanggannya memaklumkan bahawa dia menemui kamera yang disembunyikan di dalam berus di tandas lelaki dan diletakkan di tepi pintu tandas.

Muar News 麻坡新闻/Facebook

Walau bagaimanapun, pengirim memaklumkan bahawa setelah disiasat, tidak terdapat apa-apa rakaman gambar lagi di dalam kad memori kamera berkenaan selain daripada rakaman bunyi suara sahaja.

Berikutan hal ini, pihak kafe telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup mereka bagi mendapatkan suspek yang melakukan tindakan ini.

Muar News 麻坡新闻/Facebook

Walaupun mereka menemui seorang lelaki yang mencurigakan di dalam rakaman kamera litar tertutup, namun pihak kedai tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk memaparkan wajah lelaki berkenaan.

Muar News 麻坡新闻/Facebook

Disebabkan oleh insiden yang tidak diingini ini, pengirim mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berjaga-jaga dan memeriksa keadaan sekeliling sebaik yang mungkin sebelum menggunakan kemudahan awam walau dimanapun lokasinya.

Sumber: Muar News 麻坡新闻/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular