Walaupun sudah berumur 85 tahun, seorang nenek dari Vietnam, Nguyen Thi Ro, masih lagi bekerja keras pada setiap hari untuk menyara kehidupannya anak angkatnya.

Cocomy.net

Nenek Nguyen akan bangun awal pada setiap hari dan pergi ke laut untuk mencari kerang dan kupang untuk dijual di pasar.

Kerana kerja mencari dan menjual makanan laut itu memerlukannya berendam di dalam air laut, kulit nenek Nguyen sering kali gatal-gatal dan ruam.

Cocomy.net

Walau bagaimanapun, kerana kasihkan anak angkatnya yang mempunyai masalah mental sejak kecil dan kini sudah berumur 61 tahun, nenek Nguyen terpaksa mengerah keringatnya untuk menyara kehidupan mereka berdua setelah suaminya meninggal dunia.

Semua hasil jualannya akan dibelanjakan untuk keperluan anak angkatnya walaupun pada hakikatnya dia juga memerlukan rawatan kulit.

Cocomy.net

Nenek Nguyen memutuskan untuk menjual kerang dan kupang kerana ketika umurnya menganjak 70 tahun, agak sukar untuknya mencari pekerjaan jadi dia memilih untuk melakukan kerja ini.

Cocomy.net

Walaupun sukar, nenek Nguyen tetap optimis dan ceria ketika berniaga, dan syukurlah, orang-orang kampungnya sentiasa cuba untuk membantunya dengan membeli hasil tangkapannya agar nenek Nguyen boleh segera pulang ke rumah pada setiap hari.

Cocomy.net

Kehidupannya sememangnya tidak mudah jika dibandingkan dengan kehidupan kita, tetapi nenek Nguyen langsung tidak menyalahkan sesiapa, malah berusaha sehabis baik untuk terus menjalani kehidupan seharian. Nenek Nguyen membuktikan bahawa jika kita cukup kuat, kita boleh melakukan segalanya!

Sumber: Quang Vie

Maybe you're interested :

Share

Video Popular