Dalam dunia permainan video, jenama Nintendo bukan lagi sesuatu yang asing, bahkan menjadi bualan ramai sejak dahulu lagi. Disebabkan hal itu, tidak hairanlah apabila Nintendo mengumumkan bakal melancarkan versi baharu Nintendo Switch Lite dan Nintendo Switch yang dipertingkatkan, orang ramai mula berasa teruja!

Baru-baru ini, dalam sebuah penerbangan Southwest Airlines dari Dallas ke San Diego, syarikat Nintendo dengan kerjasama syarikat penerbangan ini memutuskan untuk membuat kejutan kepada semua penumpang pesawat dengan memberi setiap seorang sebuah konsol permainan Nintendo yang terbaharu!

Oriental Daily

Menurut portal Oriental Daily, kebanyakan daripada penumpang pesawat berkenaan adalah pengunjung yang bakal hadir ke Pesta Komik San Diego yang berlangsung pada 18 hingga 22 Julai. Jadi, tidak hairanlah apabila kesemua penumpang berasa begitu teruja dan gembira menerima kejutan ini!

Oriental Daily

Syukurlah, dengan kuasa media sosial, seluruh dunia mendapat berita terkini daripada para penumpang yang memuatnaik pengalaman mereka menerima kejutan yang tidak diduga ini:

Twitter

Menurut salah seorang penumpang, mereka ada melihat seorang petugas yang memakai pakaian watak Mario dan memberitahu para penumpang bahawa mereka mempunyai sedikit kejutan yang disembunyikan untuk semua penumpang. Tidak lama kemudian, petugas itu mula mengedarkan sekeping baucar yang bertulis, “Southwest Airlines memperkenalkan pasangan pengembaraan yang terbaik, Nintendo Switch.”

Oriental Daily

Rupa-rupanya, penumpang yang memiliki baucar ini layak menukarkannya dengan beg berisi hadiah daripada Nintendo termasuklah konsol Nintendo Switch dan Super Mario Maker 2 secara percuma!

Twitter

Difahamkan, Nintendo Switch yang dipertingkatkan ini mempunyai tahap penggunaan bateri yang jauh lebih lama berbanding versi lama. Sementara itu, Nintendo Switch Lite yang baharu pula bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: Soyacincau, Oriental Daily

Maybe you're interested :

Share

Video Popular