Eskalator merupakan sejenis kemudahan tangga bergerak yang memudahkan untuk mengangkut penggunanya dari satu tingkat kepada satu tingkat yang lain seperti di pusat membeli-belah.

Eskalator yang terdiri daripada rantaian anak tangga menggunakan motor elektrik bergerak turun dan naik dengan baik dalam sebuah landasan sekiranya ia sentiasa diselenggara dengan baik oleh juruteknik yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya. 

Bagaimana sekiranya rutin wajib yang perlu dijaga ini telah terlepas pandang buat seketika?

Pexels/ Gambar Hiasan

Manakala sebagai pengguna, berapa kali kita pernah memikirkan untuk sentiasa berhati-hati ketika menggunakan eskalator dengan melihat setiap anak tangganya yang sedang bergerak?

Tambahan apabila seseorang itu sedang melihat telefon pintar atau bercakap dengan dengan orang lain sambil menaiki eskalator, apa-apa sahaja boleh berlaku kerana malang tidak berbau.

Stonny Sheh/Facebook

Seorang netizen Stonny Sheh dari Sabah berkongsi beberapa gambar yang menjadi tular di Facebook menunjukkan seorang pengguna nyaris tercedera akibat dua anak tangga yang sedang bergerak tiba-tiba rosak dan terjatuh daripada rantaian landasannya.

Stonny Sheh berkongsi gambar dengan kapsyen, “Kemalangan di Suria Shopping Mall, nasib baik lelaki ini tidak cedera. Tangga eskalator dua di bawah itu telah terjatuh.”

Stonny Sheh/Facebook

Muat naik beberapa gambar menunjukkan kerosakan dua anak tangga bergerak itu mendapat perhatian netizen lain yang rata-rata berasa amat terkejut melihat tahap keselamatan dan penyelenggaraan eskalator yang longgar sehingga mampu membahayakan nyawa para pengguna dan pengunjung di pusat membeli-belah itu.

Terdapat netizen yang menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menggunakan eskalator dengan tidak bermain dengan telefon pintar. 

Manakala seorang netizen menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati menggunakan eskalator sekiranya membawa bayi dengan kereta sorong bayi atau memerhatikan anak kecil yang menaiki anak tangga bergerak.

Stonny Sheh turut mengingatkan para pengguna tidak kira berada di mana sahaja supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan eskalator dengan memerhatikan gerakan anak tangga kerana kerosakan eskalator boleh berlaku di mana sahaja dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsanya.

Stonny Sheh/Facebook

Kemalangan dan kecelakaan tidak diingini mungkin boleh berlaku sekiranya pihak pengurusan pusat membeli-belah ini atau di mana sahaja tidak mengambil langkah yang sewajarnya dalam memastikan keselamatan para pelanggan dan pengunjung sentiasa berada dalam keadaan terpelihara.

Sementara orang ramai juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta berhati-hati ketika menggunakan eskalator.

Sumber : Stonny Sheh/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular