Warga Malaysia pasti tidak berasa asing dengan nama Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi, gadis ‘Freestyler’ sensasi dari Malaysia yang mahir bermain timbangan bola sepak sehingga menjadi tular di media sosial tempatan dan antarabangsa pada tahun lalu.

Qhouirunnisa menarik perhatian media asing sekali lagi baru-baru ini apabila media dari Turki, Anadolu Agency membuat liputan mengenai gadis hebat berusia 19 tahun ini dalam segmen sukan mereka.

@anadoluagency/Twitter

Qhouirunnisa’ atau nama panggilannya Nisa menunjukkan kemahiran menimbang bola dengan memakai pakaian muslimah dan berhijab sehingga ia mengagumkan dunia.

Dalam video yang dirakamkan Anadolu Agency di laman Twitter rasmi mereka, Nisa menunjukkan kehebatannya menimbang bola sambil berhijab dan turut menceritakan latar belakang dirinya dan bagaimana minatnya dalam sukan bola sepak ‘freestyle’ mula tercetus.

@anadoluagency/Twitter

Seperti yang kita sedia maklum, Nisa merupakan pelajar Universiti Al-Madinah, Shah Alam dan mula berminat dalam sukan bola sepak ‘freestyle’ selepas selalu melihat adik lelakinya bermain futsal sejak 3 tahun lalu.

Nisa mengasah kemahiran menimbang bola dengan kerap berlatih dan terus mempelajari kemahiran baru dari YouTube.

Apa yang membuat media asing menjadi kagum dengan Nisa ialah gadis ini mampu menjadi pemain timbang bola profesional dalam jangka masa singkat dan kemahiran timbangan bolanya kini lebih hebat daripada sesetengah pemain timbang bola profesional lelaki, dan beliau tidak pernah menjadikan isu pemakaian berhijab sebagai satu halangan untuk melakukan aktiviti sukan.

@anadoluagency/Twitter

Nisa berkata, “Sukan tiada kena mengena dengan gaya hidup atau pemakaian. Memakai hijab tidak pernah menjadi halangan kepada wanita. Kami di Malaysia mampu melakukan apa sahaja aktiviti sukan yang digemari. Asalkan anda mempunyai minat dan kesungguhan.

Untuk mencapai sesuatu anda perlu mendengar suara hati, berusaha dan memberi fokus kepada apa yang disasarkan.”

Kehebatan Nisa menimbang bola terus menarik perhatian peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa, dan beliau menjadi sumber inspirasi kepada semua wanita berhijab di seluruh dunia untuk melakukan apa sahaja bidang dan sukan yang mereka gemari tanpa menjadikan pemakaian berhijab sebagai batasan.

@anadoluagency/Twitter

Laman Instagram Qhouirunnisa kini mempunyai lebih 120,000 pengikut dan kehebatannya dalam menunjukkan teknik timbangan bola turut membawanya menjelajah ke seluruh dunia termasuk menunjukkan kemahiran itu di hadapan legenda bola sepak Jerman, Karl-Heinz Riedle di Munich.

qhouirunnisa/Instagram

Baru-baru ini, Qhouirunnisa dengan penuh yakin turut menyahut cabaran #bottlecapchallenge sambil menunjukkan kemahiran timbangan bola yang sememangnya tersedia hebat.

 

View this post on Instagram

 

Yea did watch some tutorial before filming 🙂 #bottlecapchallenge #nakjugak

A post shared by خيرالنساء (@qhouirunnisa) on

qhouirunnisa/Instagram

Sudah semestinya Qhouirunnisa akan terus mengagumkan semua dengan pelbagai teknik gaya bebasnya ketika menimbang bola.

Minat, usaha dan kesungguhan pasti akan membawa anda berada lebih jauh ke hadapan, dan penampilan atau gaya hidup itu bukannya satu halangan untuk mencapai kejayaan.

Sumber : @anadoluagency/Twitterqhouirunnisa/Instagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI SUKAN VIDEO

Video Popular