Terdapat segolongan orang amat suka makan dan tidak dapat mengawalnya sehingga suatu hari mereka tersedar bahawa diri sudah terlebih berat daripada yang disyorkan. Orang sekeliling mula memandang sambil memanggil mereka gemuk.

Seorang lelaki dari Jepun memiliki badan gempal seberat 130 kilogram kerana tidak mengawal pemakanannya.

Satu hari selepas pengakuan luahan rasa cinta kepada seorang gadis di sekolah menengah telah ditolak kerana penampilannya, dia memutuskan untuk menurunkan berat badan.

Pemuda bernama Tsuchiya ini dilahirkan pada tahun 1990 dan merupakan anak bongsu dalam keluarga. Setelah adik-beradiknya yang lain meninggalkan rumah keluarga, Tsuchiya dimanjakan ibu bapanya seperti anak tunggal.

Semasa kecil, Tsuchiya mempunyai berat badan normal seperti kanak-kanak lain. Akan tetapi dia amat suka makan sehingga tidak dapat mengawalnya. Semua tidak menyangka anak kecil yang kurus sewaktu kecil boleh menjadi begitu gemuk dengan berat badan 130 kilogram.

Ibu bapa Tsuchiya menyedari anak bongsu mereka mempunyai masalah berat badan dan cuba bertindak mengawal pemakanannya pada waktu siang.

Akan tetapi, pada waktu malam selepas ibu bapanya masuk tidur, Tsuchiya akan makan dengan banyak secara sembunyi sehingga diet itu tidak pernah berkesan.

Tsuchiya akan memakan semangkuk besar nasi dengan campuran tuna dalam tin dan mayonis. Makanan seharian yang mempunyai banyak lemak dan tidak menyihatkan menjadi kegemarannya.

Semasa berada di sekolah rendah, berat badan Tsuchiya sudah melebihi 70 kilogram.

Kemudian meningkat kepada 80 kilogram sehinggalah terus meningkat melebihi 100 kilogram.

Tsuchiya menyedari dia mempunyai masalah berat badan yang serius selepas pengakuan luahan rasa cintanya kepada seorang gadis bernama Aimi di sekolah menengah telah ditolak.

Walaupun Aimi berkata rupa Tsuchiya sama kacak seperti rupa idola kegemarannya Yumu Hong, tetapi dia tidak berani untuk menerima dan membalas cinta Tsuchiya yang berbadan gempal.

Tsuchiya berasa amat kecewa selepas pengakuannya kepada Aimi telah ditolak dan selepas itu terus bertekad untuk menurunkan berat badan 130 kilogram demi cintanya kepada Aimi.

Bersama usaha bersungguh-sungguh, Tsuchiya cuba mengubah cara pemakanan dengan mengamalkan diet yang ketat. Dia mula menolak daripada memakan makanan kegemaran sehariannya.

Serta melakukan senaman dengan berlari selama 3 jam dalam sehari. 

Akhirnya Tsuchiya telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 60 kilogram dalam masa 2 tahun, dan kini badannya lebih ringan dan ideal iaitu seberat 70 kilogram dengan ketinggian 178 sentimeter.

Lebihan kulit yang masih ada, bukti dahulu dia seorang yang gemuk…

Ini adalah rupa terkini Tsuchiya! Satu transformasi yang mengagumkan dan rupanya lebih kacak daripada idola.

Tsuchiya berkata selepas mengubah penampilannya, dia telah memberanikan diri membuat pengakuan cinta sekali lagi kepada gadis yang sama, tetapi luahan rasa cinta itu masih kekal ditolak.

Walaupun pengakuan cintanya tetap ditolak, apa yang penting Tsuchiya telah berjaya mengurangkan berat badan, mengubah gaya hidup lebih sihat dan mendapat penampilan diri lebih menarik.

Pasti lebih ramai gadis cantik lain yang akan tertarik dengan Tsuchiya dan meluahkan rasa cinta mereka kepadanya.

Sumber : Cocomy

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular