Pernahkah anda berasa hampa apabila pokok di dalam rumah anda tidak bermaya dan akhirnya mati? Pasti anda berasa sedih kerana anda tidak tahu apa yang mampu membantunya hidup dengan segar dan sihat.

Mungkin ada yang cuba menyiram dan meletakkan baja namun ia tetap mati. Tetapi kini, anda tidak akan berhadapan dengan masalah tersebut lagi. Ini kerana terdapat satu ciptaan pasu yang dapat mengubah apa-apa tumbuhan menjadi seperti haiwan peliharaan!

Pasu pintar ‘Lua’ ini bakal mengubah apa-apa tumbuhan menjadi seperti haiwan peliharaan

Mu Design

‘Mu Design’ ini direka khas untuk membantu individu yang gemar akan tumbuhan hidup di dalam rumah, agar pokok kekal sihat dan segar.

Mu Design

Ia turut dilengkapi dengan teknologi pintar yang membolehkan anda ‘berkomunikasi’ dengan pokok yang ditanam menerusi aplikasi

Mu Design

Anda hanya perlu menyambungnya pada telefon pintar anda dengan memuat turun aplikasi kemudian membuat imbasan kod QR pada pasu berkenaan. Anda juga perlu memilih jenis tanaman anda. Barulah anda boleh tahu apa yang diperlukan oleh pokok anda.

Mu Design

Pasu tersebut turut mempamerkan emosi pokok pada skrin LED padanya

Mu Design

Skrin pasa pasu membolehkan anda melihat 15 emosi berbeza yang dihasilkan oleh pokok, sama anda tanaman anda memerlukan matahari, air dan pelbagai lagi. Ia juga akan menghasilkan reaksi wajah bagi memberitahu sama ada air yang diberikan terlalu banyak ataupun terlalu sejuk.

Mu Design

Sensor gerakan turut membolehkannya mengikuti pergerakan

Mu Design

Maka, aktiviti tanaman anda akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan kerana ia mampu mengikut pergerakan anda.

Selain itu, ia juga boleh berinteraksi dengan persekitaran

Mu Design

Pasu tersebut turut memaparkan wajah vampire dengan taringnya untuk memberitahu anda jika ia menerima sedikit cahaya matahari.

Mu Design

Tetapi, pasu ini masih belum dijual lagi. Syarikat pengeluarnya berharap agar produknya mereka akan dapat diedarkan pada penghujung tahun ini.

Igor Gabrielan|YouTube

Sumber: BoredPanda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular