Siapa sahaja yang tidak sukakan kucing? Pasti ramai yang bersetuju apabila kami mengatakan bahawa anak kucing sememangnya sangat comel.

Mungkin kerana saiznya yang kecil, dengan bulu-bulu yang gebu serta rupa mereka yang benar-benar mencairkan hati, tidak hairanlah begitu ramai pencinta kucing di dunia ini!

Chavata2023/Instagram

Pada masa ini, untuk mencipta satu akaun media sosial khas untuk haiwan peliharaan bukan lagi satu perkara yang janggal, malah telah menjadi kebiasaan masyarakat di dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chava ☾ chata (@chavata2023) on

Chavata2023/Instagram

Chavata2023/Instagram

Oleh sebab itulah menerusi entri ini, kami akan memperkenalkan anda dengan seekor anak kucing yang terlalu comel yang mempunyai akaun Instagramnya sendiri yang dinamakan @chavata2023.

Chavata2023/Instagram

Anak kucing yang berwarna putih dan kuning ini telah menarik jutaan pengikut kerana rupanya yang comel dan gaya tidurnya yang juga sangat comel!

Kucing yang bernama Chata dan tinggal di Jepun ini mula tular di media sosial apabila pemiliknya mencipta akaun Instagram khas buat Chata dan kakaknya, Chava, yang kini berusia 9 bulan.

Chavata2023/Instagram

Kedua-duanya memang comel!

Chavata2023/Instagram

Chavata2023/Instagram

Chavata2023/Instagram

Lihat sahajalah gaya tidur Chata yang berbaring seperti manusia dan menunjukkan telapak tangannya yang berwarna merah jambu itu. Geram sungguh dibuatnya!

Chavata2023/Instagram

Akaun Instagram ini mula dicipta pada awal tahun ini dan sehingga entri ini dihasilkan, mereka telah mendapat lebih dari 42,300 pengikut. Wah, bilangan angka yang besar!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chava ☾ chata (@chavata2023) on

Chavata2023/Instagram

Cair hati dibuatnya!

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular