Taman tema hiburan menjadi satu aktiviti buat seisi keluarga meluangkan masa untuk berseronok bersama. Pelbagai permainan menarik disediakan antaranya roller-coaster, rumah hantu, taman air dan bermacam-macam lagi! Bagaimanapun di India, satu tragedi meragut nyawa telah berlaku pada Ahad lalu (14 Julai) apabila salah satu permainannya mengalami kerosakan dan tercabut ketika sedang berfungsi di udara!

Media tempatan melaporkan bahawa permainan pendulum di sebuah taman tema hiburan yang terletak di Ahmedabad ini secara tiba-tiba melayang di udara sekali gus menyebabkan kecederaan kepada 29 pengunjung dan mengorbankan dua nyawa.

 

Time.com melaporkan bahawa datuk bandar kawasan tersebut mengambil berat akan insiden itu dan pihaknya kini sedang giat melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. Dalam siasatan kes ini, seramai enam individu termasuk pengarah urusan syarikat yang mengendalikan taman tema berkenaan telah dihadapkan dengan pertuduhan ‘culpable homicide not amounting to murder’ atau mematikan seseorang dengan salah.

Terdapat tiga perbuatan yang boleh mensabitkan seseorang dengan kesalahan ini:

  1. Perbuatan dengan niat hendak menyebabkan kematian
  2. Perbuatan dengan niat hendak menyebabkan suatu bencana tubuh yang menyebabkan kematian
  3. Perbuatan dengan mengetahui bahawa jalan perbuatan itu boleh menyebabkan kematian

Satu video yang merakamkan insiden kemalangan itu kini menjadi tular di semua platform media sosial. Malah, penemuan bahagian pendulum yang tercabut di udara itu turut ditemui di Taman Tema Hiburan Kankaria. Pada awalnya, permainan itu dikhabarkan berfungsi tanpa sebarang masalah sebelum bahagian pendulum utama yang membawa penumpang tiba-tiba patah dua lalu jatuh menghempas tanah.

CBS News melaporkan Ketua Pegawai Perbadanan Ahmedabab iaitu M F Dastoot menjelaskan pihak Makmal Sains Forensik masih menyiasat punca yang mengakibatkan batang paip utama pendulum itu patah.

Siapa sangka hari yang dipenuhi dengan jeritan keseronokan dan gelak tawa berubah menjadi tragedi tangisan air mata. Mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan dilaporkan masih menerima rawatan di hospital berdekatan.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular