Salah satu teknik memilih buah tembikai yang biasa anda atau orang lain lakukan ialah dengan mengetuknya. Seperti anda seorang yang mahir memilih tembikai masak dengan sempurna.

Teknik mengetuk tembikai ialah dengan mendengar bunyi dalaman buah itu untuk menentukan sama ada isinya sudah masak dan manis, sekiranya anda sememangnya arif dan tahu akan apa yang sedang anda lakukan.

Pexels/Gambar Hiasan

Seorang netizen telah berkongsi cara lain yang boleh anda amalkan dalam memilih buah tembikai paling enak dan manis.

Pengguna Facebook Alfonso Garcia berkongsi caranya :

#1. Pastikan buah tembikai mempunyai tompokan warna kuning yang menonjol.

ProduceGuide/Gambar Hiasan

Tompokan warna kuning menonjol menunjukkan di mana buahnya duduk di atas tanah dan telah masak. 

Sekiranya tiada tompokan warna kuning menonjol, ini bermakna buah tembikai dituai secara pramatang dan ia tidak masak dengan sepenuhnya.

#2. Carilah corak seperti sarang labah-labah berwarna coklat pada buah tembikai.

Newsner/Gambar Hiasan

Jika terdapat corak sarang labah-labah yang kasar, anda patut memilih buah ini.

Ini disebabkan oleh lebah yang datang menghisap madu dan mencalarkan bahagian bunga semasa proses pendebungaan yang mana akhirnya membentuk buah.

Newsner/Gambar Hiasan

Jadi, lebih banyak proses pendebungaan, maka lebih manis buah itu.

#3. Bulatan hitam di bahagian tengah tembikai yang tiris adalah satu petanda baik menunjukkan kandungan gulanya.

Greeley Chiropractor/Gambar Hiasan

Sekiranya terdapat bulatan hitam dan keras yang tiris terkeluar daripada buah tembikai kebanyakannya mungkin menunjukkan kandungan gula di dalamnya dan bukannya akibat serangan serangga atau buah sedang membusuk.

Anda dapat mengenali buah tembikai dengan kandungan isi yang enak dan manis dengan melihat bulatan hitam ini.

Pexels/Gambar Hiasan

Jadi, dengan melakukan cara ini, anda mungkin akan dapat memilih buah tembikai terbaik tanpa perlu mengetuknya. Selamat mencuba! 

Sumber : SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular