Suku Bajau Laut di Sabah sering menjadi komuniti yang terpinggir dan mereka hanya tahu menjalani kehidupan sesama sendiri.

Kanak-kanak mereka sentiasa tersenyum riang dan hanya memikirkan kehidupan mereka yang bebas serta tidak mempedulikan apa yang berlaku pada dunia luar.

Kehidupan serba mudah tetapi malangnya mereka kekurangan satu perkara asas yang penting iaitu… Pendidikan!

Khairul Jamain/Facebook

Seorang pemuda bernama Khairul Jamain menghabiskan masa selama 4 bulan di Laut Celebes, Semporna dan beliau memerhatikan cara kehidupan serta budaya masyarakat Bajau Laut sebelum perlahan-lahan menghampiri suku ini yang sudah semestinya sentiasa berwaspada dengan kedatangan orang luar atau orang asing. 

Khairul Jamain/Facebook

Setelah mengamati dan mendalami gaya hidup mereka, Khairul menyedari komponen penting yang hilang dalam kehidupan anak-anak Bajau Laut, iaitu pendidikan.

Semenjak itu, Khairul memulakan misi dengan melakukan perjalanan menaiki bot ke perkampungan mereka sebanyak 2 hingga 3 kali dalam seminggu, dengan mengeluarkan perbelanjaannya sendiri dan bertekad mengajar anak-anak ini. Khairul berkongsi pengalaman menerusi satu ‘posting’ di Facebook yang kini menjadi tular.

Khairul Jamain/Facebook

Khairul Jamain dalam kapsyen permulaan dengan apa yang diamatinya, “Pensil dan kertas yang ditakuti Bajau Laut.”

Tulisnya, “Saya bertekad untuk menjadi guru di sini, tetapi saya tidak mengajarkan ABC atau 123 kepada mereka, kerana mereka perlu belajar untuk mengenali apa itu kehidupan. Jadi saya tidak mengajar mereka seperti bagaimana mereka perlu belajar di sekolah formal.”

Khairul Jamain/Facebook

Khairul sentiasa membawa kertas, set krayon, kapur serta papan tulis hanya untuk mengajar mereka cara melukis gambar, menyanyi dan bercerita, yang merupakan satu konsep pembelajaran abstrak seperti penerapan nilai dan moraliti.

Apa yang paling mengejutkannya adalah hakikat bahawa anak-anak ini tidak pernah melihat set lengkap kotak pensil dan set warna sebelum ini.

Tulisnya, “Saya masih ingat ketika mula-mula memberi mereka kertas dan pensil, anak-anak ini tidak mahu menyentuhnya kerana mereka takut serta tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya.”

Khairul Jamain/Facebook

Khairul menulis, “Itulah sebabnya saya bersedia menggunakan wang saya sendiri untuk melawat mereka sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu hanya untuk mengajar mereka, kerana saya percaya mereka mempunyai harapan.”

“Saya terpaksa membelanjakan RM400 sebulan untuk menaiki bot kecil ke perkampungan mereka. Perjalanan mengambil masa antara 30 hingga 50 minit bergantung kepada keadaan laut dan ombak,” tambahnya.

Khairul Jamain/Facebook

Khairul menaruh harapan agar satu hari nanti, anak-anak Bajau Laut ini boleh memiliki sekolah sendiri berdekatan dengan kampung mereka.

Pemuda ini menulis, “Impian saya hanya kecil iaitu saya mahu mereka mempunyai sekolah sendiri, mampu mendidik anak Bajau Laut di sini. Sekiranya orang Bajau Laut di Indonesia dipertahankan dan diberi pendidikan serta hak yang sama, kenapa tidak kita melakukannya di Malaysia? “

Khairul Jamain/Facebook

Suku Bajau Laut ini bukan sahaja menerima Khairul sebagai sebahagian daripada ahli komuniti, tetapi salah seorang daripada penduduk di sana telah menamakan bayi mereka sempena namanya, ‘Khairul’ kerana mengenang jasa dan menghargai segala usaha yang telah dilakukannya untuk melihat kemajuan anak-anak Bajau Laut.

Khairul Jamain/Facebook

Semoga segala usaha murni Khairul dalam memberi pendidikan dan memajukan masa depan anak-anak Bajau Laut akan mendapat perhatian dan pembelaan pihak yang berkenaan dengan sewajarnya. 

Sumber : Khairul Jamain/Facebook

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular