Siapa tidak mengenali pelakon wanita yang cantik jelita ini iaitu Maya Karin. Nama Maya Karin mula melonjak naik dalam industri hiburan tempatan setelah beliau diberi kepercayaan untuk menjadi tonggak utama dalam sebuah filem seram berjudul ‘Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM)’. Lakonan Maya dalam filem ini turut menyebabkan beliau digelar sebagai pontianak yang paling cantik di Malaysia!

Selain PHSM, Maya turut pernah membintangi filem-filem hebat lain seperti Duyung dengan membawakan watak sebagai seekor ikan duyung. Kini, Maya telah mengambil satu langkah ke hadapan apabila beliau dipertanggungjawabkan untuk memulakan kerjaya lakonan ke persada Hollywood pula!

Pelakon berjaya berusia 39 tahun ini dikhabarkan telah diterima untuk bergandingan bersama-sama Tyler Posey yang dikenali menerusi lakonan hebatnya dalam Teen Wolf. Filem berjudul Alone arahan Johnny Martin ini dibintangi oleh pelakon The Hunger Games iaitu Donald Sutherland.

 

View this post on Instagram

 

Hero of the movie Tyler Posey.. #LA #losangeles #hollywood

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Filem Alone mengisahkan tentang penyebaran wabak yang menjangkiti penduduk. Pada waktu ini, Aiden (Tyler Posey) mengurung diri sendiri di dalam apartmen dan mula mencatu makanannya. Tidak lama kemudian, seluruh apartmen itu dihuni oleh penghuni yang dijangkiti virus Screamers dan membuatkan keadaan menjadi semakin huru-hara. Akhirnya, tinggal Aiden berjuang seorang diri untuk menyelamatkan dirinya.

 

Dalam filem ini, Maya diarahkan untuk menjayakan satu babak penting sebagai seorang saintis yang bertanggungjawab mencari virus atau jangkitan yang akan membuatkan orang semakin ‘gila’. Meskipun ia melibatkan adegan yang pendek, tetapi skrip untuk bahagian tersebut dikatakan sepanjang lima mukasurat di mana empat daripadanya padat dengan dialog-dialog sains.

 

View this post on Instagram

 

Homework before shoot esok. 4 pages of science dialogue 😱 so jom burger? #la #losangeles #nextmovieproject

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

“Melalui jaringan perhubungan, saya berkawan dengan pengarah Martin dan seorang rakan seperjuangan dari Malaysia bantu menghantar saya ke Los Angeles untuk merakamkan satu adegan ini. Ia berlaku dengan cepat! Saya dapat tiket sehari sebelum saya terbang ke Los Angeles dan skrip pula keesokan harinya! Walau satu adegan sahaja tetapi ia adalah adegan yang penting”.

 

View this post on Instagram

 

OMG!! My first day, first scene in good ol Hollywood!!! My dressing room is huuuge. #LA #losangeles #hollywood

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Walaupun tidak dapat melakonkan watak utama, peluang keemasan yang diberikan ini ternyata membuka mata Maya tentang industri hiburan antarabangsa dan secara tidak langsung membolehkannya mencipta nama yang lebih besar pada masa hadapan.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular