Ikan Singa atau lionfish merupakan ikan yang mempunyai duri beracun dan mendiami kawasan berbatu karang. Oleh kerana spesies ini amat terkenal sebagai beracun, jadi ikan ini tidak sesuai untuk dimakan. Ikan cantik dan unik ini biasanya dijadikan sebagai ikan hiasan di dalam akuarium. 

Gambar Hiasan | YAMIL LAGE/AFP/Getty Images

Namun, di Cyprus, ikan yang cantik dan beracun ini menjadi santapan kegemaran buat penggemar makanan. Sebuah projek yang ditaja Kesatuan Eropah (EU) meletakkan Cyprus sebagai negara yang kini berdepan dengan ‘penaklukan’ ikan singa. Sepanjang lima tahun lalu, ikan singa telah memasuki dan membiak di perairan Cyprus menerusi zon timur Mediterranean.

Populasinya yang berkembang telah mengubah ekosistem asal. Jadi, penduduk tempatan membuat keputusan untuk memakan ikan singa bagi mengawal populasinya. 

Gambar Hiasan | IBRAHIM CHALHOUB/AFP/Getty Images

Ikan singa merupakan ikan yang cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru – berkembang dengan pantas di Benua Amerika sehingga ke tahap membimbangkan.

Ikan yang unik dan cantik ini memiliki jalur terang dan bersirip pektoral berumbai, namun sirip dorsalnya dipenuhi deretan duri yang beracun dan sengatannya adalah sangat bertoksik.

Ikan singa mampu menghasilkan sehingga 30,000 biji telur setiap empat hari dan dikatakan boleh mencapai usia sehingga 15 tahun. Populasinya yang berkembang dengan pantas akan memberi ancaman kepada spesies ikan dan krustasea lain seperti udang, ketam dan sebagainya, kerana ikan singa tidak mempunyai sebarang pemangsa yang dapat mengawal populasinya.

Tujuan projek tajaan EU itu ditubuhkan kerana mahu mempromosikan ikan singa sebagai sumber makanan dan juga sebagai usaha mengawal populasinya yang semakin berganda. Perairan negara jiran seperti Lubnan juga sedang mengalami masalah yang sama. 

Gambar Hiasan | EMILY IRVING-SWIFT/AFP/Getty Images

“Kami berharap manusia boleh menjadi musuh kepada ikan singa ini di Mediterranean,” ujar penyelidik di University of Plymouth, Periklis Kleitpou.

University of Plymouth mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Cyprus, University of Cyprus dan dua pusat penyelidikan tempatan – Enalia Physis Environmental Research Centre dan Marine and Environmental Research (MER) Lab dan turut terlibat dalam projek penyelidikan yang dinamakan ‘Relionmed’.

Para saintis berkata, air laut yang lebih hangat akibat perubahan iklim  dan pelebaran Terusan Suez telah menyebabkan kemasukan spesies yang asalnya dari Indo-Pasifik itu.

Menurut para saintis, faktor kemasukan spesies yang asalnya dari Indo-Pasifik itu adalah disebabkan air laut yang lebih hangat akibat perubahan iklim  dan Terusan Suez yang semakin lebar.

“Empat tahun lalu, anda bertuah jika dapat jumpa seekor, dan semua orang mahu ambil gambar dan berkata ‘wow’. Sekarang jika anda menyelam di situ, anda akan jumpa beribu-ribu ekor ikan singa,” kata pengendali bot di Larnaca, Christos Giovannis.

Bermula tahun 2019, ekspedisi di perairan Cyprus dijalankan oleh pasukan penyelam untuk membunuh ikan tersebut. Cara menyiang ikan itu dengan selamat diajar ajar secara umum oleh para tukang masak. 

“Hidangan ikan ini boleh disediakan dalam pelbagai cara. Asalkan anda membuang duri dan tulang belakangnya yang beracun, anda boleh menikmatinya seperti ikan lain,” kata seorang chef tempatan Stelios Georgiou. 

Sumber: Astro Awani

 

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebenaran Kempen

Video Popular