Majoriti daripada kita begitu gemarkan makanan segera. Mana tidaknya, ianya lazat, cepat dihidangkan dan murah. Restoran makanan segera juga banyak dan kita boleh memilih mengikut selera masing-masing.

Sungguhpun begitu, semua pasti sudah tahu kesan buruk amalan pemakanan tidak sihat sebegini, bukan? Tidak hanya mengundang penyakit obesiti, malah ia turut mendatangkan masalah kesihatan yang lain.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Eyra Zakiey berkongsi kisahnya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik pada laman itu. Menurutnya, dia mula berasa ada yang tidak kena dengan tubuhnya. Sangkaannya itu berpunca daripada angin yang terperangkap di dalam tubuh.

Dia bertindak mendapatkan khidmat urutan. Ketika sesi urutan, dia terkejut apabila tukang urut berkenaan berkata terdapat sesuatu di dalam perutnya, membuatkannya berasa cemas dan bimbang. Ekoran tidak mahu mengambil apa-apa risiko, tukang urut berkenaan menasihatkan agar Eyra pergi berjumpa dengan doktor.

Doktor memaklumkan bahawa dia terpaksa menjalani pembedahan secepat mungkin kerana ketulan cyst itu agak besar – bersaiz 9.7 dan 5.7 sentimeter. Selain itu, terdapat beberapa helaian rambut di dalamnya.

Eyra Zakiey|Facebook

Doktor berkenaan juga ada menerangkan bahawa setiap wanita mempunyai cyst namun ia tidak aktif. Salah satu faktor yang mengaktifkan cyst Eyra berkemungkinan adalah tabiat Eyra yang gemar memakan makanan segera, makanan laut, soya dan makanan di dalam tin.

Dengan apa yang telah dilaluinya, Eyra berasa terpanggil untuk mengingatkan orang ramai khususnya wanita di luar sana untuk mengurangkan pengambilan ayam kerana ia lazimnya disuntik dengan hormon, selain makanan segera bahkan tauhu juga kerana ia boleh mengaktifkannya.

Jadi, kawal pemakanan anda dan pastikan anda mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan sihat. Jangan tunggu penyakit menyerang baru mahu menjaga pemakanan ya. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.

Sumber: Eyra Zakiey|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular